Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Wednesday, September 25, 2013

Please Save The Enviroment

Balik kerja pukul 6.30 ptg tadi aku decide nk cari pewangi kereta baru. Bukan kereta baru, tapi pewangi yang baru. Dengaq cerita org duk canang keliling kampung depa habaq penwangi hak nama Muniff Hijjaz tu best. Apa lagi aku pakat p caghi la kt pekan Parit Raja nu. Gigih menempuh jem semata-mata nak beli pewangi kereta. Aku pernah nampak kat kedai buku Freedom tu ada jual. Dahla kat depan kilang Fujitsu tu baru pasang lampu isyarat. Lebih kurang enam kali jugakla berhenti nk lepaskan lampu tu. Tapi bukan pasal lampu isyarat tu aku nk cerita. 

Ni ha. Di ringkaskan cerita la kan, kalau aku nk cerita in detail maunya azan subuh kang baru siap. Sampai kat tempat tu aku pun park la tengiling besi aku kat depan kedai kek Venus. Parking masih penuh, mungkin sebab student UTHM da naik kuliah. Kedai buku tu blok betentangan dengan tempat aku letak kereta. jadi nak masuk kedai buku tu aku kenelah menyelit sebuah kereta Proton Wira warna maroon yang sedang siap sedia untuk undur sebab aku nampak lampu reverse dia menyala. 

Sedang aku tergelek-gelek menapak tepi kereta tu tiba-tiba aku nampak sehelai pelastik pembungkus makanan berjenama Cloud 9 melayang jatuh keluar dari tingkap belakang kereta tu dan disusuli pula oleh plastik straw minuman air kotak dari tingkap depan. Sakit sebenarnya mata aku tengok adegan tu. Sampai kat atas kaki lima aku toleh seimbas ke arah kereta tu, nak tangok apa isi di dalamnya. Oh sekeluarga rupanya. Si ayah di tempat pemandu, emak pula di sebelahnya dan dua orang anak perempuan duduk di belakang. 

Hurrmm. Perlu ke nak campak keluar sampah tu dari kereta, Nak kata sampah tu berat,berat lagi badan si ayah. Nak kata sampah tu besar, si emak pun boleh tahan jugak besarnya. Kalau seluruh penduduk Parit raja punya attitude macam ni, bayangkanlah rupa pekan kecil ni macamana. Apa la salahnya simpan sampah tu sekejap dalam kereta. Sampai rumah nanti masukkanlah dalam tong. Teringat pesan dari adik aku suatu ketika dahulu, sebab aku campak sampah dari kereta, dia kata " Tak baik bang campak sampah dari kereta, mengumpul dosa kering". Zaapp!! Tersentak juga aku dengar dia cakap macamtu. Mula dari moment tu aku cukup berhati-hati. 

Sayangi alam sekitar. Bumi ini rosak kerana tangan-tangan kita juga. Maka tangan-tangan ini jugalah yang harus memelihara serta memuliharakannya. Kalau bumi ini sudah rosak takut kita menjadi seperti seekor tikus yang membaiki labu. 

MULAKANNYA HARI INI :-)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.