Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Wednesday, September 25, 2013

Please Save The Enviroment

Balik kerja pukul 6.30 ptg tadi aku decide nk cari pewangi kereta baru. Bukan kereta baru, tapi pewangi yang baru. Dengaq cerita org duk canang keliling kampung depa habaq penwangi hak nama Muniff Hijjaz tu best. Apa lagi aku pakat p caghi la kt pekan Parit Raja nu. Gigih menempuh jem semata-mata nak beli pewangi kereta. Aku pernah nampak kat kedai buku Freedom tu ada jual. Dahla kat depan kilang Fujitsu tu baru pasang lampu isyarat. Lebih kurang enam kali jugakla berhenti nk lepaskan lampu tu. Tapi bukan pasal lampu isyarat tu aku nk cerita. 

Ni ha. Di ringkaskan cerita la kan, kalau aku nk cerita in detail maunya azan subuh kang baru siap. Sampai kat tempat tu aku pun park la tengiling besi aku kat depan kedai kek Venus. Parking masih penuh, mungkin sebab student UTHM da naik kuliah. Kedai buku tu blok betentangan dengan tempat aku letak kereta. jadi nak masuk kedai buku tu aku kenelah menyelit sebuah kereta Proton Wira warna maroon yang sedang siap sedia untuk undur sebab aku nampak lampu reverse dia menyala. 

Sedang aku tergelek-gelek menapak tepi kereta tu tiba-tiba aku nampak sehelai pelastik pembungkus makanan berjenama Cloud 9 melayang jatuh keluar dari tingkap belakang kereta tu dan disusuli pula oleh plastik straw minuman air kotak dari tingkap depan. Sakit sebenarnya mata aku tengok adegan tu. Sampai kat atas kaki lima aku toleh seimbas ke arah kereta tu, nak tangok apa isi di dalamnya. Oh sekeluarga rupanya. Si ayah di tempat pemandu, emak pula di sebelahnya dan dua orang anak perempuan duduk di belakang. 

Hurrmm. Perlu ke nak campak keluar sampah tu dari kereta, Nak kata sampah tu berat,berat lagi badan si ayah. Nak kata sampah tu besar, si emak pun boleh tahan jugak besarnya. Kalau seluruh penduduk Parit raja punya attitude macam ni, bayangkanlah rupa pekan kecil ni macamana. Apa la salahnya simpan sampah tu sekejap dalam kereta. Sampai rumah nanti masukkanlah dalam tong. Teringat pesan dari adik aku suatu ketika dahulu, sebab aku campak sampah dari kereta, dia kata " Tak baik bang campak sampah dari kereta, mengumpul dosa kering". Zaapp!! Tersentak juga aku dengar dia cakap macamtu. Mula dari moment tu aku cukup berhati-hati. 

Sayangi alam sekitar. Bumi ini rosak kerana tangan-tangan kita juga. Maka tangan-tangan ini jugalah yang harus memelihara serta memuliharakannya. Kalau bumi ini sudah rosak takut kita menjadi seperti seekor tikus yang membaiki labu. 

MULAKANNYA HARI INI :-)

Monday, January 9, 2012

Safety Officer (SHO)

Assalamualaikum w.b.t. Berdirinya saya disini adalah untuk... Waahh!!.. Over la pulak aku malam-malam buta nih. Rindunya nak menaip kat blog aku yang entah apa-apa nih. Tapi kat sini lah tempat aku meneritakan segala apa yang berlaku dalam kehidupan aku sehari-hari tanpa membazirkan prepaid aku.Kahkahkah...

Kesibukan menghabiskan latihan industri LI aku di INSEP membuatkan aku tidak memiliki kesempatan untuk menulis. Berkenan dengan LI tu terpaksalah aku abaikan sebab dah berlalu & kalau nak diceritakan kompem entry bab LI aku tu akan panjang lebar. So aku ceritakan yang the latest aje lah ya.

Untuk pengetahuan semua, aku sekarang berada di Johor BAhru. Sebuah Bandar besar yang aku sangat suka. Aku tak berapa suka KL. To me KL is too crowd. Maybe sebab aku tak pernah duduk KL dan aku pernah duduk JB selama hampir empat tahun sebelum ini.





Keberadaan aku di sini adalah kerana aku sedang mengikuti kursus Safety Officer (SHO) di NIOSH ni. Aku sampai disini malam tadi, Ahad 8 Januari 2012 lebih kurang pada jam 9.50 malam. Aku menetap di rumah makcik aku di Jalan Padi Malinja 7, Bandar Baru Uda (BBU). Program ini berlangsung selama 22 hari bermula 9 Jan 20123 sehingga 21 Feb 2012, maka selama itulah aku akan tinggal bersama mak usu aku sekeluarga. Rasanya tidak ada rasa ketidakselesaan sekiranya aku menetap di sini kerana aku sangat rapat dengan keluarga mak usu aku ni. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa aku menganggap mak usu aku ini sebagai mak aku juga kerana dia sangat mengambil berat hal aku serta adik beradik aku.

Hari pertama aku di NIOSH berjalan dengan baik. Seramai 21 peserta telah melaporkan diri di NIOSH. Pada hari ini aku dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan. Orang pertama yang aku kenal adalah Faiz, berkulit putih dan sederhana tinggi. Dia duduk bersebelahan dengan aku. Kira kami berkongsi satu meja. Orang kedua yang aku kenal ialah Azlan & Anuar. Kedua-duanya aku berkenalan ketika sesi minum pagi di cafeteria. Yang paling mengejutkan aku adalah, Faiz & Azlan menetap di Bandar Baru Uda. Faiz tinggal di Jalan Padi Malinja 2, manakala Azlan di Jalan Padi Mahsuri 8 dan masing-masing tinggal bersama keluarga. Tak sangka sungguh. Pertemuan kami macam dirancang pulak. Siapa lagi yang merancang kalau bukan Dia, Allah yang maha berkuasa. Ada masa nanti aku tunjukkan gambar diorg.




Selepas sesi pendaftaran kami dibekalkan dengan sebuah beg. Sekali imbas tengok macam back pack DSLR Camera aku. Rupa-rupanya beg NIOSH daa.. Tipu la kalau aku tak bangga bawak beg ni. Tak kira la orang nak kata macam budak skolah ke apa ke. Kau ada??.. Hahaha.. Astaghfirullahalazim. Berlagaknya aku. Bukan senang nak dapat taw. Kena bayar RM4K baru dapat beg tu. Tp bukan beg tu yang aku kejarkan, tapi ilmu serta certificate tu yang aku perlukan.


Aku ingatkan beg kosong je. Sekali angkat, Amekaw. Tu dia. Macam hangkut batu giling hampa taw. Nak tahu tak apa duk ada dalam beg tu.




Tu dia. Ada enam buah buku teks dan dua buah fail tebal. Bermula dari kiri. 1- Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 2-Perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 3-Kesihatan Pekerjaan & Higien, 4-Keselamatan Pekerjaan. Yang tengah tu adalah buku-buku akta. Bermula dari bawah. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan-Peraturannya, yang atasnya tu pulak Akta Kilang Dan Jentera Dan Perturan-Peraturannya. Yang kanan tu adalah dua buah fail yang mengandungi empat modul yang akan kami cover sepanjang tempoh dua puluh dua hari kursus ini berjalan. Phewww!!!!.. Pendek rasanya nafas aku ni. Tercungap-cungap kejap. Apa-apa pun aku akan buat-betul. Sebab prospek bidang ini sangat luas dan sangatlah diperlukan.

Untuk pengetahuan semua. Kelayakan minima untuk menyertai kursus ini adalah lepasan SPM & setaraf. Bayaran hanya RM4K. Sijil penyertaan yang sangat berharga akan diberikan kepada peserta yang berjaya menjalani 75% kuliah dan sijil itu diiktiraf oleh DOSH (Departmental of Occupational Safety & Health).
Lepastu bolehlah ambil exam.

Thursday, December 22, 2011

Dari Allah Kita Datang & KepadaNya Jualah Kita Kembali

Kampung aku di gemparkan dengan satu beerita kematian yang amat mengejutkan. Kisahnya macam ni. Waktu aku nak pergi kerja pagi tadi aku nampak orang kampung berkumpul di halaman rumah Nenek Niah. Ada lelaki & ada juga perempuan. Tapi aku tak tergerak hati langsung nk berhenti & tanya what happend. Sampai kat depan kampung (sebelum ak melintas ke jalan besar) aku nampak 4 5 org makcik2 berjalan menuju masuk ke kampung aku. Aku pun tanya seorang makcik tu dia nk ke mana, dia kata nak ke rumah Hjh Aniah (nenek niah lah tu), Aku tanya "Kenapa ya, ada apa? sbb saya nmpak ramai orang berkumpul kat sana." Makcik tu kata Atan meninggal. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Ak berniat nak masuk kerja lambat sikit, tp fikir-fikir balik ada kerja yang aku mesti selesaikan pagi ini. Aku terus hubungi keluarga aku yang kat rumah tu. Aku call adk aku empat kali tak berjawab. Aku call mak aku tiga kali pun tak berjawab. Aku call ayah aku tiga kali jugak, pun tak berjawab. Im about nak mengamuk time tu, pakal lah dlalam kereta, Aku call rumah, langsung tak dapat, telefon buat hal lah tu. Aku yakin nenek Niah mesti dah try call rumah aku, tapi comfirm line tak dapat, sbb nenek niah tu antara orang kuat dalam kampung aku. Jika ada sebarang majlis kelas agama atau yasinan dialah yang akan menyampaikan maklumat ke seluruh pendduduk kampung menggunakan telefon. Lastly ak call mak aku sekali lagi. Alhamdulillah adik aku yang jawab. Aku pun sampaikan berita tu.

Sampai kat office aku pun post tentang kematian Cik Atan kat facebook aku. Saja je, manalah tahu ada rakan-rakan fesbuk yang asal dari kampung aku terbaca news tu. Alhamdulillah ada yg baca & memberi komen. Antaranya adik bongsu aku yang kat USM, Shafie Tumiran, Ziha & Cik Dalini. Komen punya komen tiba-tiba Cik Lini bagi tau yang kat lorong tiga kampung baru pun adda kematian pagi tadi. banyak pulak kematian bulan ni. Bulan lepas nenek aku meninggal. Arini ada dua kematian pulak.

Aku balik kerja lambat arini. Pukul tujuh lebih baru sampai rumah. Sampai je rumah adik aku si farah tu tanya aku. "Bang, ko tau tak ada dua kematian kat kampung kita?". Terkejut siamang aku dibuatnya. Terpinga-pinga aku. Aku tanya sapa. Dia kata Nenek Patmah. Mayat dah seminggu terbiar dalam rumah tu. Nenek tu memang tinggal sorang-sorang. Mayatnya dijumpai sebab ada orang datang rumah nenek patmah sebab nak ambil nenek tu ke rumah nenek Niah. Aku rasa nenek Niah yang mintak orang jemput nenek Patmah. Lemah lutut aku dengar berita kematian tu. Tiba-tiba aku teringat pulak komen dari Cik Lini kat wall aku pagi tadi.

Yang dalam bulatan merah tu.

Sedih aku mengenangkan jenazah arwah nenek patmah terbiar seminggu. Syukur kematian nenek aku (nenek sebelah ayah) di hadapan ayah aku, paksu, pakcik enal & aku sendiri. Itu akan aku ceritakan kemudian.

Rentetan dari berita kematian nenek Patmah membuatkan aku untuk google proses pereputan mayat manusia. harap dapat dikongsi bersama.


‎~PROSES PEREPUTAN MANUSIA SETELAH MENINGGAL DUNIA~

1) Peringkat pertama pereputan dikenali sebagai Pemecahan Sendiri. Enzim yang terdapat dalam badan akan menghadamkan badan sendiri. Struktur membran sel akan
rosak dan enzim penguraian dilepaskan. Ia akan menyahaslikan makromolekul dalam badan. Peringkat pertama ini bermula dalam sel yang aktif menjalankan metabolisma seperti sel perembes dan makrofaj.

2) Peringkat kedua adalah peringkat pembusukan akibat tindakan bakteria anaerobik . Oksigen sudah tiada menyebabkan wujud suasana anaerobik ( tiada oksigen) dalam mayat. Keadaan ini menggalakkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria anaerobik terutamanya pada bahagian organ dalaman badan seperti perut. Bakteria ini menguraikan zat makanan iaitu karbohidrat, protein dan lipid pada mayat dan
menghasilkan asid dan gas. Gas yang dilepaskan mengakibatkan tubuh mengembung bermula dari perut yang akan mengubah bentuk dan rupanya. Buih-buih darah akan meletus dari mulut dan hidung mayat akibat tekanan gas yang terjadi di sekitar diafragma. Organ dalam tubuh seperti paru-paru, jantung dan hati turut membusuk. Pandangan yang paling menjijikkan adalah di sekitar perut, akibat kulit tidak dapat lagi
menahan tekanan gas dan akhirnya pecah lalu menyebarkan bau yang meloyakan.

3) Peringkat ketiga adalah peringkat pereputan. Pada akhir peringkat kedua, cecair badan yang busuk telah mengalir keluar. Daging akan luruh satu persatu bermula dari bahagian tengkorak. Kulit dan jaringan lembut yang lain akan tercerai-berai. Otak turut membusuk dan kelihatan seperti tanah liat. Tisu-tisu badan yang lembut menjadi kecut
dan kering. Proses pereputan berterusan hingga akhirnya mayat tinggal rangka.

4) Peringkat keempat adalah peringkat terakhir dalam proses pereputan. Pada masa ini, tiada lagi daging untuk dihancurkan. Semuanya telah dimakan bakteria dan serangga di dalam kubur. Yang tinggal hanyalah tisu-tisu keras seperti tulang dan gigi.

5) Akhirnya, mikroorganisma seperti bakteria, kulat, alga dan serangga berjaya menakluki tulang. Berlakulah perembesan asid dan enzim metabolisma. Mikroorganisma tersebut memetabolismakan matriks tulang pula hingga tulang hancur. Penguraian tulang ini dibantu oleh bahan kimia di persekitaran. Pada persekitaran berasid, kalsium fosfat yang terdapat dalam tulang akan melarut. Tulang akan musnah.
Maka, tiada apa lagi yang tinggal pada jasad.
‎~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~



Macam detail sangat & agak memeningkan. Yang ni rasanya lebih muddah untuk difahami.


Perut dan kemaluan akan hancur, dua anggota inilah yang merosakan kehidupan manusia, dengan dua anggota ini manusia akan mendapat untung atau celaka.


Warna jasad akan bermula dengan hijau tanpa mekap dan perhiasan.


Hari kedua, anggota dalaman seperti hati, jantung dan sebagainya bermula hancur.


Hari ketiga semua anggota akan mengeluarkan bau busuk.


Selepas seminggu mata, lidah dan pipi mula hancur dan rosak.


Selepas 10 hari semua anggota telah hancur.


Selepas 2 minggu rambut mulai luruh.


Selepas 15 hari lalat dan ulat-ulat mulai mencium bau dan memamah jasad.


Selepas 6 bulan tiada lagi sisa dari tubuh kita.


Rangka kita mula terbentuk.


Renung-renungkanlah~~

Tuesday, December 13, 2011

Practice does not make perfect, practice make fluent.



Ada sesuatu yang aku nak share dengan korang. Benda ni pun agak membelenggu kepala hotak aku sampai membuatkan aku risau jika terpaksa berkomunikasi. Apa lagi kalau bukan Bahasa Inggeris. Actually aku dapat story ni dari wall facebook member aku Ajoi. Korang bacalah ya. :-)


Badly Broken English


Seorang pemandu yang berboskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tiba-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia 
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya… .: 


Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again.
(maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)


Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya… Kata pemandu tersebut:


Pemandu: Don’t enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn’t play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main… Biar dia rasa)


Esoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:


Boss : Why didn’t you come to work?


Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind.
(maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Saturday, December 3, 2011

Cover Letter


Aku baru je balik dari bandar. Jumpa kawan lama, Iskandar. Borak punya borak terkeluar topik kerja. Is pun bagi tau yang kampeni dia nak cari pekerja untuk beberapa jawatan kosong. Aku berminat dengan satu jawatan tu. Jawatan tu lebih kurang sama dengan Is. Resume dah ada yang tak ada cuma cover letter je. Aku tak reti nak buat cover letter sebenarnya, tapi tiba-tiba aku teringat, masa kat INSEP dulu aku ada hadiri Interviewing Skill Seminar dan aku teringat penceramah tu kata "sila google di internet untuk melihat format membuat cover letter", maka inilah formatnya untuk kita kongsi bersama.

Cover Letter ialah surat yang dihantar sekali bersama resume anda apabila memohon kerja. Menulis cover letter adalah suatu perkara yang mudah. Walau bagaimanapun, menghantar cover letter yang baik adalah sangat penting untuk memberi first impression yang baik kepada bakal majikan.
Pastikan cover letter anda mengandungi bahagian-bahagian berikut:
  1. Kepala surat (letter header) — mengandungi nama, alamat, no. telefon bimbit dan alamat email.
  2. Tajuk — mesti jelas dan lengkap.
  3. Pengenalan — memberitahu tujuan surat, iaitu memohon kerja dan melampirkan resume.
  4. Isi Kandungan I — menceritakan latar belakang anda secara ringkas. Latarbelakang bukan bermaksud sejarah hidup anda (tarikh lahir, kampung asal, jumlah adik-beradik, dsb.) tetapi maklumat-maklumat relevan mengenai jawatan tersebut (latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, pencapaian, skil). Pastikan isi kandungan padat dan tidak meleret-leret.
  5. Isi Kandungan II — menceritakan mengenai syarikat tersebut, contohnya mengapa syarikat tersebut sesuai dengan anda, atau mengapa anda merasa kagum terhadap syarikat tersebut. Ini penting untuk menunjukkan bahawa anda sudah menyelidiki syarikat tersebut dengan mendalam sebelum memohon kerja.
  6. Penutup — memberitahu harapan anda untuk dipanggil temuduga. Ucapkan terima kasih.
Berikut merupakan tips-tips yang mungkin membantu:
  1. Ingat bahawa cover letter tidaklah dibaca dengan terperinci oleh majikan. Anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menghasilkan cover letter (walau bagaimanapun, anda perlu memberi masa yang lama untuk menulis resume). Selagi cover letter tidak mencacatkan permohonan anda, tidak ada masalah.
  2. Ringkas! Jangan melalut dan meleret-leret. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa.
  3. Jika menulis cover letter dalam Bahasa Inggeris, pastikan surat anda bersih daripada kesilapan ejaan dan tatabahasa. Gunakan ayat pendek dan perkataan biasa, bukan yang BOMBASTIK.
  4. Gunakan tiga ayat sahaja untuk latarbelakang anda. Perincian mengenai diri anda perlu dimasukkan ke dalam resume, bukan ke dalam cover letter.
  5. Beritahu dari mana anda mendapat tahu mengenai kerja tersebut. Jika anda membalas iklan mencari kerja, pastikan anda meletakkan tajuk jawatan dengan lengkap. Sertakan nombor rujukan jika ada.
Contoh: En Al-wafi Bin Ali ingin memohon kerja sebagai Laboratory Technicians di ASIAN GEOS SDN BHD. Berikut merupakan contoh cover letter yang dihantar oleh Al-Wafi:


Al-Wafi Bin Ali

104-B, Kg Pt Hj Hassan,
83300  Sri Gading,
Batu Pahat,                                                                                                                   
Johor.                                                                                                                              012-745****

alwafiali@yahoo.com
_________________________________________________________________________

ASIAN GEOS SDN BHD
18th Floor, Wisma MP L, Jalan Raja Chulan,
50200 Kuala Lumpur, 
MALAYSIA.                                                                                                              3 Disember 2011

Tuan,

Application For The Post Of Laboratory Technicians (OnShore / Offshore)

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui rakan karib yang turut bekerja di syarikat tuan. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.


2.Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di syarikat Mega Green View Sdn Bhd. sebagai site agent. Saya telah dinaikkan jawatan ke site supervisor pada tahun 2009 di atas prestasi kerja yang cemerlang. Saya merupakan graduan diploma Teknologi Awam dari UTM.

3.Saya telah mengikuti perkembangan syarikat tuan sejak dua tahun lalu yang telah berkembang pesat sehingga berjaya menjadi antara syarikat main contractor yang terbesar. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar.

Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.
Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,



English version (terjemahan bahagian isi surat sahaja):

The above matter refers. I am writing to apply for the said position. I was informed about the vacancy through a friend who also works with your company. I attach a copy of my resume.

2.For your information, I have worked as site agent for three years at Mega Green View Sdn. Bhd. I was promoted site supervisor in 2009 in recognition of my outstanding job performance. I am a graduate of Diploma Teknologi Awam from UTM.

3.I have followed the development of your company for two years, until your success today as a main contractor. My ability to speak English and Mandarin would help me to discharge my duties better. I am a fast learner, a team player, able to work hard,  independent, able to work shift, self-motivated , and have a good interpersonal.

I hope my application will be considered favorably, and I look forward to an interview. Thanks in advance.


—————————
(NB: You should write a much better English letter if you are applying for executive or professional jobs at large corporations/MNCs, but the above letter written in simple Manglish should be sufficient for the general public. – S)