Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Tuesday, February 1, 2011

Parkson Oh Parkson!!!...



Pejam celik pejam celik dah tujuh bulan aku kerja kat Parkson. Macam-macam orang aku jumpa. Dari staff sampailah ke customer, macam-macam perangai aku nampak yang secara tak langsung mencerminkan keperibadi masing-masing. Customer yang macam s*al ada yang baik tahap malaikat pun ada. Hahaha.!!! Seronok keje sebagai Customer Service Supervisor ni. Dapat kenal ramai orang. Dalam erti kata lain ramai orang kenal aku. Tak la ramai sangat tapi dapat kenal orang dari pelbagai peringkat umur dan profesion.  Kalau hari aku tak kerja kadang-kadang aku jalan-jalan kat BP Mall ke, Summit Parade ke, Carefour ke nanti ada je yang tegur "Eh!! you yang kerja kat Parkson kan, kat Customer Service Counter tu, betul tk?.. cuti ea harini? " dan macam-macam lagilah. Seronok. Yang tak seronok pun ada. Macam-macam. Ada customer datang mengamuk tak tentu pasal. Biasanya salah info la. Ada yang nak tukar barang walaupun barang tu dia beli tujuh bulan yang lepas. Ish!!.. Macam-macam lah. Yang memuji tahap menggunung pun ada padahal cuma tolong wrapingkan hadiah je. “Pandai you wraping, sangat professional” Perkataan yang selalu dengar dari mulut customer. “Biasa-biasa je ni. I buat yang simple je. Lg pun company ada hantar we all training untuk wraping service” Jawapan yang biasa aku bagi pada customer dan macam biasalah respond dari customer mst mcm ni. “Wow!! Realy” (sambil membeliak-beliakkn mata dan terkebil-kebil). Ada jugak customer datang mintak ajarkan cara wat paper bag. I mean from wraping paper convert to paper bag. Interestedkan. Nak belajar?. Hehehe…

Nurhananiolfah a.k.a Kak Ofa
Sebut pasal staff, dah banyakf staf Parkson yang keluar dan masuk. Yang pastinya bukan dari department aku. Ada yang sampai nama pun tak sempat nak ingat. Ada yang kerja sebulan lebih dah  berhenti. Yang kerja tak sampai seminggu pun ada, terus cabut. Yang paling dahsyat kerja baru satu hari dah berhenti.  tak sempat nak berkenalan. Ha!!.. tu dari department Human Resource (HR) dan Visual & Merchandising Department (VMD). Reason yang paling best adalah dari staff VMD, nama dia D*d* . Nak tau  reason dia apa. Dia kata dia tak tahan kerja dengan Parkson. OMG!!!.. Reason yang paling bodoh. Baru satu hari je kot kerja. Belum kena buat kerja berat pun, kena maki dengan manager pun belum dah kata tak tahan. Adoiyai.. Staff-staff lain dah berbakul-bakul kena maki dengan manager, relaks je. Happara... Sekarang ni dia kerja sebagai trolly boy kat Carrefour. Jiran sebelah Parkson je kot. Hahaha. Adeh!!.. Macam-macam hal. Bagi aku ini lah punca rezeki yang aku ada sekarang dan aku akan buat betul-betul. Aku nak kumpul pengalaman paling kurang satu tahun. Kak Ofa (Executive Customer Service + Ladies + Gent's + VMD + Good Receiving Department) ada cakap kat aku, gaji customer service kat luar memang tinggi, so kumpul pengalaman, kerja betul-betul sebab kalau dapat kerja kat luar sebagai customer service boleh demand gaji. hahaha... So aku nak keje betul-betul. Macam yang umi aku pernah cakap. Kalau kita pangkat supervisor buat kerja macam orang berpangkat executive, jangan pulak buat kerja macam orang bawahan. Gaji kita dibayar mengikut pangkat dan kelayakan kita, so kena wat kerja ikut level kita, biar lebih JANGAN kurang. 

Ait ait captain!!...
Aku As & Kamal


Sebenarnya dah banyak staff untuk customer service department (CS) yang keluar dan masuk. Noreen & Hamraa adalah orang yang terawal kat CS ni, diorang since opening Parkson lagi dah ada, aku kira baru la kat sini. Waktu aku masuk mula-mula dulu selain Noreen & Araa ada sorang lagi staff lelaki, nama dia Kamaludin (Kamal). Orangnya tinggi, besar. Kadang-kadang dia bajet dia tu taff.. Hahaha.. Si Kamal ni memang best. Happening je dengan dia ni. Suka buat kelakar. Ada je idea-idea bangang dia tu.  Kepala boleh tahan gonjeng la. Hahaha.. Actually Kamal ni student kat UTHM, waktu tu dia practical training kat Parkson then lepas habis dia jadi SA kat CS tapi dia kerja sekejap je sebab permintaan dia tak di tunaikan oleh management. Dia nak syift afternoon dan morning je sebab dia nak buat thesis dia tapi permintaan macam tak dilayan, so dia decide untuk resign. Aku sempat kenal Kamal lebih kurang tiga minggu je tp dah agak rapat la. Selepas dia berhenti dia masih lagi datang Parkson jumpa kitorang. Kadang-kadang kalau ada masa lapang kami keluar makan ramai-ramai.


 
Me & Wani
Lama lah jugak aku menjadi kumbang seekor yg menyinari kaunter CS tu sambil ditemani dua kuntum bunga yang segar mekar, Noreen & Araa sehingglah tumbuh sekuntum bunga yang bernama Nur Syazwani. Dialah yang memperkenalkan aku dengan blog. (Thanks Wani). Wani kerja tak lama. Tak sampai sebulan rasanya. Aku sangat selesa dengan dia. Dia cekap & fast learner. Sebelum raya dia dah berhenti sebab dapat tawaran kerja dengan construction company. Sempat la juga berbuka puasa bersama-sama. Nice moment with Wani. Missed her so much. Lama tak jumpa dia. Selepas Wani berhenti belum ada pengganti lagi hinggalah penghujung bulan November.

Tak lama lepas tu tumbuh sekuntum bunga lagi di kaunter CS, Syaza nama dia a.k.a Jaja. Asalnya si Jaja ni kerja kat Rengit Coffee. One day Kak Olfa & kak Ryn (HR) makan kat Rengit Coffee, then Jaja yang serve diorg, so diorg terpikat dengan cara layanan Jaja yang sangat special, so nk di jadikan cerita Kak Olfa offer Jaja kerja kat Parkson of course kat dept aku. Jaja kerja pun tak lama. 22 Dec 2010 dia quit sebab dapat offer study kat Syme Darby Nursing College. Tahniah Jaja.. Study betul-betul ok.. (sorry gambar Jaja tak ada).




CS TEAM. From left Mr. Akmal, Mr. Al-Wafi, Ms. Noreen &Ms Araa.
Then pada 23Dec 2010 hinggaplah seekor kumbang muda yang gagah perkasa di dept aku yang telah sudi menemani aku dan dua kuntum bunga. His name Akmal. Muda lagi budak ni. Baru abis SPM 2010. Baru 17 tahun this year 18 lah. Tapi badan bapak taff. Aku penah pegang chest, arm & perut dia. Solid siot. Six pax je belum ketara lagi. Berjinak-jinak dengan gym sejak umur 15 tahun. Jeles giler. Membuatkan aku bersemangat untuk ke gym. Tapi bilakah? Adakah?.. Hahahaha.. Akmal kerja agak lama sebab dia tengah tunggu result SPM keluar. So berkemungkinan dia kerja sampai bulan 7 atau 8. Panggilan ke universiti pun lama lagi, bulan 9, dah diselaraskan seluruh Malaysia tapi berkemungkinan dia berhenti awal sebab dia dapat ke PLKN untuk panggilan ke-2. Nak buat macamana. Terpaksa lepaskan juga. Tp atleast dia tak berhenti terlalu awal. Aku da tak larat nak train new staff. Penat kowt.


From left. Me, Myrul, Noreen, Hui Ling Al-Mansur (my twin).
Akmal bersekolah di SMK Dato Bentara Luar (SDBL) Batu Pahat, so masa mintak kerja dulu tu dia bawak segala kawan-kawan baik dia yang sama-sama isi borang, they are Mirul, Hamim, Wan Suhada, Wan Nur Asikin & sorang lagi Hafizah. Masing-masing dapat jawatan Sale Assistant (SA), department yang berlainan. Hamim kat department stationary, Fizah kat department household, Asikin & Suhada berkongsi department, deparment cashier, dan yang terakhir Mirul, Mirul dapat kat department Electrical & DIY. department yang paling hampir dengan dpeartment aku. Dalam ramai-ramai ni yang paling rapat dengan aku ialah Mirul. Aku tak tahu kenapa tapi kami selesa bersama. Huurrmm... (dah jadik adik angkat dah pon).dan yang paling tak disangka rupa-rupanya si mirul ni anak sedara kepada kawan aku satu sekolah dari sekolah rendah sampai sekolah menengah Siti Hafizah Bt Tukimon. Alahh...cucu wak Tukimon. yang duduk kampung seberang nun.. Hahaha.. Rahsia terbongkar waktu dia tidur rumah aku. Tujuan asal dia tidur rumah aku sebab nak tumpang online isi borang UPU. Rumah dia tak ada internet. So macam biasalah mak aku mesti soal siasat. Sapa nama, duduk mana, kampung kat mana. Part kampung tu lah terbongkar cerita. Dia kata kampung kat Parit Kaspan, selang satu kampung dari kampung aku, cucu Hj Tukimon katanya. Aku apa lagi, terbeliak bijik mata aku, terus aku sebut nama Siti Hafizah Bt Tukimon, dia kata tu makcik dia. Mengucap panjang aku. Kecik betul Batu Pahat ni (memang kecik pun). Hahaha...