Tanggal 17 Feb 2011 genaplah usia aku 26 tahun. Agak berusia rasanya. Orang kata kalau umur 26 tu dah sesuai sangtlah kalau mendirikan rumah tangga. Umpama sebijik buah yang sedang masak ranum yang memang sedap dimakan. Hamboih!!..lain bacin je ayat aku ni. Hahaha.. Kawan-kawan aku yang satu sekola & yang satu kolej pun ramai yang dah kahwin. Ada yang dah dapat anak dah pon. Aku??.. Serah pada Tuhan je lah. Dia yang mengatur kahidupan semua makhluk kat bumi ni. Ada jodoh kahwin lah aku, cuma tak tahu je bila, hanya Dia yang tahu. Tak gitu?..Live must go on. Rite!!... Tp bukan soal jodoh yang aku nak cerita, pasal birthday aku yang aku nk cerita. Buat pertama kalinya aku telah di dajal oleh CS Team (Noreen, Araa & Amal).
17 hb 2011 tu jatuh pada hari Khamis dimana syift morning pada haritu. Macam biasalah kalau dah menyambut hari lahir mestilah kawan hantar sms. So pada mlm 17 Feb tu bertalu-talu sms yang aku terima dari kawan-kawan memberikan ucapan "Selamat Hari Lahir Wafi", "Happy Birthday Wafi" dan macam-macam lagilah. Bangun dari tidur, mak aku kata "Eh!!..awalnya anak umi bangun. Oohh!!.. patut la hari jadi harini kan." Hahaha.. Padahal aku bangun macam biasa je. Pukul 8 aku dah bangun, bersiap-siap nk ke tempat kerja. Aku cuma tersengih je sewaktu mak aku cakap macamtu. Ingat jugak dia tarikh lahir aku yek. Ingat kan tak ingat. Mak mana yang tak ingat tarikh lahir anaknya. Lagi pun anak mak aku tiga orang je kot, tak ramai mana pun. Seperti tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya iaitu dari sejak aku zaman kanak-kanak lagi, tidak ada sebarang majlis atau beli kek atau buat pulut kuning yang dibuat untuk meraikan ulang tahun kelahiran aku mahupun adik-adik aku. So setiap kali ulang tahun kami adik beradik, hari itu adalah sama sahaja seperti hari-hari biasa.
Nak dijadikan cerita, pada keesokkan harinya 18 Feb aku pergi kerja macam biasa. cuma yang luar biasanya syift aku pada hari itu adalah syift morning, thats mean aku balik kerja pukul 4.30 for the first time. First time dpt syift morning taw. So, waktu dah nak dekat pukul 4.30 tu tetiba amal bersuara yang dia ada bawak tepung kat dalam bakul motor dia. Siot punya budak, dah plan awal-awal rupa-rupanya. Terus si Amal cabut dari department nk ke motor dia sebab nak ambil tepung tu. Yang paling geram Noreen & Araa pun join sekali, dah aku sorang-sorang kat CS. Aku dah terbayang-bayang, apalah nasib aku kejap lagi. Tunggu punya tunggu diorang tak naik-naik, aku dah pelik. Kenapalah lambat sangat budak-budak ni. Aku nak sembahyang asar ni. lastly aku panggil kak Ofa, mintak dia coverkan department aku kejap. mse nk ke surau tu aku nampak Noreen dah masuk dah, tangan kiri pegang beg plastik tangan kanan putih bersalut tepung, tapi aku tak nampak Araa & Amal lagi. Aku wat tak tahu je, terus ke surau, solat asar. Lepas solat aku terus balik department, aku tengok Noreen & Araa dah ada dah, Amal je tak de, pergi rehat. Myrul pulak tengah bual-bual dengan Ajim.
Elok je masuk department, Noreen baling tepung kat belakang aku. Automatik aku ternampak beg pelastik berisi tepung kt atas kabinet depan mata aku, aku cekut tepung tu terus baling kat belakang dia. Gedebuk kena tepat-tepat kat belakang dia, banyak pulak tu. Araa kena sikit je. Tapi yang aku pelik kenapa Araa tak baling tepung kat aku, dia duk relaks je & Noreen pulak tak balas balik. Segalanya terhenti untuk seketika. Aku rasa pelik dan sangat pelik. Pelik ya amat. Lepas dah membersihkan segala tepung di baju ku, aku terus bersiap-siap nak balik. Tak sabar nak balik kerumah dengan dipayungi mentari petang (sempat lagi bermadah-madah bagai). Masa aku nak gerak tu Noreen ada cakap sesuatu "Tuannya kena sikit je". Tuannya???.. Terus aku teringat kat kereta aku, my White Boy. Aku terus berlari ke kereta dituruti oleh Ajim & Noreen. Beg plastik berisi tepung tu aku bawak sekali sebab aku dah tahu apa yang telah terjadi dengan kereta aku, dan aku mesti membalas dendam di atas apa yang berlaku kepada White Boy ku. Sampai kat staff entrance aku suruh ajim tutup grill staff entrance supaya Noreen tak dapat naik ke parking kereta dan aku pula dapat menabur tepung ke kereta dia. Ajim turuti perintah aku. Bagus Ajim.
Habis putih kereta aku. |
Siap tulis Happy Birthday Wafi. kejam!!.. hahaha.. |
Sampai je kat parking kereta. Aku terkejut beruk melihat keadaan kereta aku yang putih. Kereta aku dah memang warna putih. Tapi sekarang dah putih macam disaluti salji. Aku menjerit bagai nak gila melihat keadaan kereta aku angkara Amal, Araa & Noreen. Tak lama lepas tu muncul si Ajim, Noreen & Rezwan, tersengih-sengih diorang. Adoiyai.. Aku ingat bahagian depan je yang kena tepung, rupa-rupanya, sebelah kanan, kiri dan belakang kereta aku pun penuh disaluti tepung. jahanam betul budak-budak ni. Sepanjang 14 tahun kereta tu berjasa dengan family aku tak pernah la jadi macam ni. Adeh!!... Sebelum balik aku ambil gambar kereta aku yang telah dijahanamkan, cuma terlupa nak ambil gambar side kiri, kanan & belakang.
Dah selesai, aku amik gambar motor Amal yang disaluti tepung. Terus aku mms ke handset Araa. Hahaha.. Puas hati aku. Lepastu aku terus memecut ke Car Wash kat Bandar Universiti di Pt Raja, Car Wash yang sebulan sekali aku hantar my White Boy pi mandi. Sampai je kat situ budak tiga ekor yang selalu basuhkan White Boy aku dah buat muka pelik. Aku tersengih je. Yang sorang tu tanye kat aku "Sambut Birthday ke bang?.." "Tau xpe". Aku jawab. Yang lg sorang menyampuk sambil tersengih-sengih. "Kitorang nk join celebrate boleh?" Yang lagi sorang pulak tersengih-sengih jugak sambil menjeling hose sabun kat tangan dia tu. Adeh!!.. mati la aku kalau budak-budak ni nak sembur aku dengan sabun. Tak pasal-pasal jadi parti buih pulak. Hahahaha.. Nasib baik diorang gurau-gurau je.
Selepas White Boy aku siap dibasuh aku terus balik. Penat kot. Lagi pun pertama kali dapat syift morning. Hahaha.. Sampai je kat rumah ayah aku tengah menyangkul tanah, nak buat tapak bunga orkid katanya. Muka dia pun pelik sebab nampak aku balik awal, yang umi pulak dah terjengul kat muka pintu dengan memakai apron, masak lah tu. Umi pulak sengih-sengih sambil kata "Anak umi dah balik, awal balik bang, bos bagi balik sebab harini birthday abg ke?" "Tak lah. Memang kebetulan syift abg harini morning. Sebenarnya abg balik pukul 4.30. Ni tadi hantar kereta pergi Car Wash. Kawan-kawan baling tepung kat kereta" Aku jawab. Umi aku ketawa je. Aku terus pergi bilik umi aku & ambil laptop, aku nak transfer sume gambar-gambar tadi. Kebetulan ayah aku pun amsuk rumah, aku tunjukkan gambar kereta aku kena baling tepung kat ayah aku. Ayah aku terkejut gila "Tak pernah-pernah kereta kita kena macam ni bang". Tau tak pe. Pengalaman yang sangat dahsyat. Birthday aku tahun depan tak tahulah macamana dahsyatnya.
Pada 28 Feb 2011 lepas balik kerja kitorang plan nak pi makan-makan. macam biasalah, itu memang aktiviti kitorang selepas balik kerja, tapi taklah selalu sebulan tu adala tiga empat kali keluar makan lepas balik kerja, macam yang aku ceritakan kat blog sebelum ni. So, destinasi kami malam tu Jeng Kuan, tenpat tu popular dengan satay, Satay Jeng Kuan. Plan mlm tu nak makan satay. So oarang yang wajib ada mestilah Aku, Noreen, Araa, Amal & Saufi. Tu semua muka-muka yang wajib ada. tapi malam tu adala beebrapa orang lain yang kami ajak untuk meemriahkan algi aktiviti kami pada malam tu. So tetamu jemputan pada malam tu adalah, Rezuan & isterinya Hanim, Harriss, Em, Aliff, Iskandar, Myrul & Hamim. Secara automatik diorang termasuk dalam list hang out kitorg. Nampaknya group kitorang semakin berkembang. Hahaha.. Waktu-waktu macamnilah nak berkumpul, nanti kalau masing-masing dah kahwin atau pindah ke tempat kerja yang lain, susah nak jumpa. sampai je kami terus ambil oder. Satay dah tak ada, yang ada cuma mee je. Diorang oder mee bandung, aku tak oder apa-apa sebab dah kenyang. Lagipun aku tak makan mee bandung, kecuali mee bandung yang kat Sarang Buaya Muar tu. Syodaapp!!..
Sempat lagi diorang ber posing. Yang kiri tu Noreen, yang kanan tu Amal. Araa pulak jd camera man. |
Lepas aku panaskan enjin aku terus gerak balik. Tepung-tepung berterbangan apabila kereta aku memecut. Satu pemandangan yang sangat cantik ketika tepung-tepung itu berterbangan. Tapi dalam kepala aku ligat berfikir mcmmana cara aku nak membalas dendam. Nak kerjakan kereta Noreen dah tak sempat dah sebab Noreen duk tunggu je kat parking kereta tu. Takut la tu. Terus aku teringat kat motor Amal. Aku sms Myrul. Aku nak tanya nombor motor dia. Myrul relpy "JKG 71**" dan jenis motornya sekali. Tak tahulah kenapa dia tak tulis dua nombor terakhir tu, samada dia tak tahu atau memang dia tak nak bagi tahu. Tapi maklumat yang dia bagi sudah cukup untuk aku membalas dendam kepada Amal. Thanks Myrul. Dengan pantas aku terus menuruni parking kereta untuk ke parking motor di bahagian luar bangunan Square One. Mata aku melilau mencari motor amal, tetiba Amal call aku. Aku jawab panggilannya. Sambil tertawa dia menyuruh aku memandang kearahnya dan kawan-kawan lain yang sedang makan petang di Polka Dot. Aku membunyikan horn kereta. Hahaha... Aaaahh..dia saja je mengganggu aku. macam tau-tau pulak aku nak cari dia. Aku tetap tak berputus asa. Aku teruskan pemanduan. Dek kerana diganggu Amal tadi, maka aku tak dapat mencari motor dia. Aku terus perjalanan menuju ke lampu isyarat SMK Convent untuk berpatah balik ke parking motor Square One. Beberapa kenderaan membunyikan horn. Hahaha..mesti pasal keter aku yang putih melepak.
Motor Amal yang aku kerjakan. Hahaha... |
Sampai je kat parking motor, aku memperlahankan kereta sebab aku nak cari motor Amal betul-betul sampai dapat. Akhirnya. Hah!!..itu dia Honda 100R JKG 7166. Aku parking kereta aku ketepi. Saki baki tepung yang aku rembat dari CS tu aku amik. Tetiba aku rasa mengigil, sebab aku tak pernah buat kerja-kerja macamni. Tapi dek kerana dendam, aku kuatkan semangat, Waaahh!!.. motor dah di depan mata, tepung pun dah ada dalam genggaman, takkan nak patah balik pulak kan. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal betis. Aku terus tabur tepung tu kat atas seat dan seluruh motor Amal. Aku tak peduli orang yang tengokkn aku. Agaknya diorang pun faham sebab kereta aku lagi dahsyat. Elok tengah tabur tepung angin pun bertiup habis seluar aku pun bertepung jugak. Haddoy!!... Sambil tabur tu sempat lagi aku jeling Amal yang tengah khusyuk makan. Dalam hati aku "Padan muka ko Mal, rasakan." Kebetulan pulak radio dalam kereta aku tengah mainkan lagu Kerispatih - Bila Rasaku Ini Rasamu. Nah rasakan kau. Hahaha... Araa terselamat sebab aku tak cam langsung motor dia. Nasib baik ko Raa.
Dah selesai, aku amik gambar motor Amal yang disaluti tepung. Terus aku mms ke handset Araa. Hahaha.. Puas hati aku. Lepastu aku terus memecut ke Car Wash kat Bandar Universiti di Pt Raja, Car Wash yang sebulan sekali aku hantar my White Boy pi mandi. Sampai je kat situ budak tiga ekor yang selalu basuhkan White Boy aku dah buat muka pelik. Aku tersengih je. Yang sorang tu tanye kat aku "Sambut Birthday ke bang?.." "Tau xpe". Aku jawab. Yang lg sorang menyampuk sambil tersengih-sengih. "Kitorang nk join celebrate boleh?" Yang lagi sorang pulak tersengih-sengih jugak sambil menjeling hose sabun kat tangan dia tu. Adeh!!.. mati la aku kalau budak-budak ni nak sembur aku dengan sabun. Tak pasal-pasal jadi parti buih pulak. Hahahaha.. Nasib baik diorang gurau-gurau je.
Selepas White Boy aku siap dibasuh aku terus balik. Penat kot. Lagi pun pertama kali dapat syift morning. Hahaha.. Sampai je kat rumah ayah aku tengah menyangkul tanah, nak buat tapak bunga orkid katanya. Muka dia pun pelik sebab nampak aku balik awal, yang umi pulak dah terjengul kat muka pintu dengan memakai apron, masak lah tu. Umi pulak sengih-sengih sambil kata "Anak umi dah balik, awal balik bang, bos bagi balik sebab harini birthday abg ke?" "Tak lah. Memang kebetulan syift abg harini morning. Sebenarnya abg balik pukul 4.30. Ni tadi hantar kereta pergi Car Wash. Kawan-kawan baling tepung kat kereta" Aku jawab. Umi aku ketawa je. Aku terus pergi bilik umi aku & ambil laptop, aku nak transfer sume gambar-gambar tadi. Kebetulan ayah aku pun amsuk rumah, aku tunjukkan gambar kereta aku kena baling tepung kat ayah aku. Ayah aku terkejut gila "Tak pernah-pernah kereta kita kena macam ni bang". Tau tak pe. Pengalaman yang sangat dahsyat. Birthday aku tahun depan tak tahulah macamana dahsyatnya.
Pada 28 Feb 2011 lepas balik kerja kitorang plan nak pi makan-makan. macam biasalah, itu memang aktiviti kitorang selepas balik kerja, tapi taklah selalu sebulan tu adala tiga empat kali keluar makan lepas balik kerja, macam yang aku ceritakan kat blog sebelum ni. So, destinasi kami malam tu Jeng Kuan, tenpat tu popular dengan satay, Satay Jeng Kuan. Plan mlm tu nak makan satay. So oarang yang wajib ada mestilah Aku, Noreen, Araa, Amal & Saufi. Tu semua muka-muka yang wajib ada. tapi malam tu adala beebrapa orang lain yang kami ajak untuk meemriahkan algi aktiviti kami pada malam tu. So tetamu jemputan pada malam tu adalah, Rezuan & isterinya Hanim, Harriss, Em, Aliff, Iskandar, Myrul & Hamim. Secara automatik diorang termasuk dalam list hang out kitorg. Nampaknya group kitorang semakin berkembang. Hahaha.. Waktu-waktu macamnilah nak berkumpul, nanti kalau masing-masing dah kahwin atau pindah ke tempat kerja yang lain, susah nak jumpa. sampai je kami terus ambil oder. Satay dah tak ada, yang ada cuma mee je. Diorang oder mee bandung, aku tak oder apa-apa sebab dah kenyang. Lagipun aku tak makan mee bandung, kecuali mee bandung yang kat Sarang Buaya Muar tu. Syodaapp!!..
Kek tersebut. |
Baju tu hadiah dari Myrul, Mug tu ahdiah dari Is. Thanks guys. Luv you all. |
Dah siap makan kami berborak lah macam biasa sambil diiringi kugiran yang memainkan lagu yang entah apa-apa. Tiba-tiba Noreen & Araa bangun dan menuju ke suatu tempat. Aku langsung tak ambil kisah, nak ke toilet gaknye. Lepastu Harriss pulak bangun, menuju ke bahagian tepi tempat makan tu, sambil memegang handfonenya. Tiba-tiba Harriss panggil aku, aku terus jumpa dia. Sambil memaut bahu aku, harris menanyakan soalan yang aku rasa sangat pelik. "Abg ada buat salah tak?" Puas aku fikir, tapi aku rasa aku tak ada buat apa-apa, Aku cuba menoleh kebelakang tapi Harris tak bagi, dengan aalsan takot nanti yang lain nampak muka aku lain amcam pulak. Ada betulnya jugak tu. Aku pun terus berfikir. Tiba-tiba aku rasa ada sesuatu dibelakang aku. Aku terus menoleh. Aku sangat terkejut sebab Noreen & Araa ada di belakang aku dengan kek di atas tangan Noreen. OMG!!.. Terharu gila. Araa menyalakan lilin dan aku terus meniup lilin tu. Aku langsung tak terkata sebab tak pernah ada orang celebrate birthday aku. Kek aku letak di meja dan potong-potong, bagi yang lain makan. lepas makan kami gerak balik. Waktu nak balik tu Is cakap suruh tunggu kejap. Dia cakap ada hal kat kereta. Aku pun tk berapa dengar sangat apa yang dia cakap tu. Tak jelas. Lepas semuanya dah balik tinggalah aku, Noreen, Iskandar & Myrul. Noreen naik kereta dengan aku, Myrul naik kereta dengan Is. Sampai kat kereta Is, Is keluarkan satu paper bag & hulur kat aku, Myrul pulak hulurkan satu kotak kat aku. Aku tahu, itu adalah hadiah untuk. Aku sangat terharu, terus aku peluk si Myrul dengan linangan air mata. Balik je rumah aku terus bukak hadiah tu. Myrul hadiahkan aku baju. cantik baju tu. Taste aku. Macam tahu-tahu je baju tu kena dengan selera aku. Is pulak bagi mug berbentuk buluh. Thanks guys. Tahun ni birthday aku disambung dengan agak meriah. Tahun depan tak tahulah macamana pulak gaknya birthday aku disambut secara mengejut. Entah-entah lagi dahsyat. By the way. Happy birthday to me, happy birthday Wafi...