Sabtu; 6 Ogos 2011
Pakcik yang buat plastering kat site aku tu invite kitorang pi majlis berbuka puasa kat surau kampung Kg Pt Surau Darat malam ni. Deal punya deal, tak ramai budak kelas aku yang pergi. Yang pergi cuma budak-budak lelaki. Tu pun tak semua. Salleh je takde. Jumaat dah balik N9. Hhuurrmm..
Janji dgn bebudak sebelum kol tujuh aku dah sampai. Tapi hampeh. Diorang dah sampai dulu rupanya. Da nak dekat pukul tujuh tu Amir text aku. Tanya aku kat mana. Dah nak sampai dah time tu sabenarnya tapi jalan jem kat simpang tiga Parit Raja Darat tu.
Lebih kurang pukul 7.10mlm aku dah sampai dah lengkap dengan berbaju melayu serba hitam. Gagak di rimba gitu. Amir, Shamir, Ajoi & Roy tengah berborak dengan Wak. Hahaha... Tak lama lepastu azan maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu solat fardhu maghrib & waktu bebuka puasa bagi seluruh umat Islam di daerah Batu Pahat.
Azan je semua berduyun-duyun menuju ke bangsal yang dah disediakan. Aku tengok makanan pun dah terhidang ala buffet. Perkhh.. Sedap sey makanan dia.
Nasi putih + ayam goreng + sayur campur + sup lembu + karipap + pau + tembikai + betik + kopi panas + teh o panas + milo panas. Selalunya ak tak makan dulu.. Lepas minum aku solat maghrib dulu. Roy pun sama macam aku jugak. Tapi time tu aku tengok ada pakcik-pakcik yang dah cedok nasi & lauk. Kitorang punapa lagi cedok jugak r.
Makan punya makan bilal dah qamat. Kelam kabut ko. Basuh tangan, campak pinggan & cawan lps tu terus masuk surau.
Lepas solat maghrib ada pakcik-pakcik yang bersuara. "Yok sambung lagi" Dua tiga orang lagi pun menyahut sama. perrkkhhh.. kalau tahu ak minum&n makan kuih je. Roy dah tersengih-sengih. Menyesal lar tu sebab dah bedal awal-awal.
Paling mengejutkan Amier tambah lagi. Sambil tersengih-sengih dia kata "lapor r". Padahal dia dah makan sepinggan tadio. Sekarang ni dia tambah lagi. Seyes aku tercengang. Perut aku kenyang, tapi dia kata dia lapar. Umak aih. Ada belaan ke apa si Amer ni. Roy, Ajoi & Shamer tersengeh-sengeh je. Lebih-lebih lagi Roy. Roy kata diorang dah biasa dah tengok Amer makan. memang Amer kuat makan walaupun badan dia kecik & berperut kempis. Shamer yang gemuk sikit tu pun makan sekali je.
Aku tengok si Amer makan untuk kali ke-2 dengan cukup berselera. Nampak yang dia lapar. Aku tercengang jugak la. terkebil-kebil tengok dia makan untuk kali ke-2. tapi aku rtasa seronok pulak tengokkan dia makan., Sampai berpeluh-peluh. Diakata samabal kicap tu memang power. Laju jgak dia makan, kejap je dah habis. Aku ingat dia dah tak nak makan lagi. Tapi dia smabung balik untuk kali ke-3. Cuma kalini dia tak amik nasi. Dia amik sup lembu tu. Shamir pun amik jugak. Roy pn amik jugak. Aku tgk diorang makan aku dah tak tahan dah. Aku paun amik jugak. Memang terangkat.
Ahmad Amir Akmal a.k.a my Maggie, ko memang terbaik r.