Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Friday, October 28, 2011

Kerja vs Belajar

Aku sebenarnya sedang berfikir. Dari haritu lagi duk fikir nak sambung wat degree ke tidak. Tapi tiba-tiba malam ni aku tergerak hati nak buka web site UTHM sebab malam semalam aku lepak dengan Aini & Zana kat tapak pesta konvo UTHM & Aini kata Amer dah apply degree kat UTHM. Aku pun teringat yang Cik Mat pun ada cakap dulu, dia kata pendaftaran Ijazah Sarjana Muda semester ke II akan bermula samada penghujung bulan 10 atau awal bulan 11. Masa aku hang out dengan Amer kt KL aritu pon dia ajak aku wat digree kat UiTM. Dia kata nak belajar sama-sama. Terharu jugak aku dengar ayat dia tu. Rasanya macam dah terbukak sikit hati aku untuk sambung belajar. Bukan aku tak nak, tapi tersangatlah nak. Cuma banyak faktor yang aku fikir.

Umur aku sekarang 26thn. Kalau aku sambung digree tiga tahun umur aku waktu tu dah 29. Aku target umur 30 aku mesti dah kahwin. Tapi kalau aku nak kahwin aku mestila dah ada kerja tetap. Kurang-kurang aku dah bekerja 3 tahun & kewangan masa tu kompem dah mantap. Tapi kalau aku tak sambung belajar aku cuma ada diploma je lah. Adik-adik aku si Awah & Rin dah habis digree. Yang si Rin tengah gigih wat master kt USM. Kalau boleh aku nak karier & pelajaran aku sama-sama naik. Melainkan kalau umur aku sekarang baru 22 ke 23 ke, memang tak ada hal kalau nak buat full time study. Yeah.. I admit. Memang silap aku dulu sebab lepas habis diploma aku tak terus sambung belajar. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh tak terfikir langsung hal tu. Tapi aku redha sebab apa yang telah berlaku pasti ada hikmahnya. Kurang-kurang aku ada pengalaman kerja walaupun not in my area. Tapi kalau habis digree baru nak cari kerja bilanya aku nak kahwin. Bila aku nak kumpul duit.?? Bila aku nak ada kenderaan sendiri??.. Karier lagi..  Dah lari target lah macamtu. Pesal banyak sangat TAPI nih..??... Wafi come on!!..

Aku terfikir juga nak belajar kat OUM, partime study, sebab aku nak akademik dengan karier sama-sama naik. Isnin sampai Jumaat kerja, Sabtu Ahad belajar. Ala.. nama je OUM tapi boleh pilih mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang berdekatan untuk menghadiri sesi kuliah. Macam yang ada sorang member aku buat dulu tu. Dia kerja gomen, tapi weekend dia belajar. Lagi sorang ialah paksu aku. Paksu Ahim (Abd Rahim). Dia pun baru habis digree, dah konvo dah pun. Sekarang ni ak dengar dia nak wat master pulak. Bagus betul dia tu. Dalam banyak-banyak adik beradik ayah aku, paksu sorg je yang betul-betul educated. Bila aku fikir-fikir balik, kalau paksu aku yang dah ada kerjaya sebagai guru ditambah pulak dengan komitment dengan keluarga, anak ada lima orang pun boleh buat digree takkan aku tak boleh. Tapi aku masih ragu-ragu dengan diri aku. Aduhh.. Aku serabut nih..

Aku minta banyak pendapat orang. Rata-rata suruh aku sambung belajar. Dari orang yang pangkat adik-adik aku hatta sampai ke yang tua-tua. Semasa INSEP aku mintak pendapat dua orang lecturer aku. Dua-dua menyarankan supaya aku sambung belajar FULLTIME. Bukan partime study. Aku pernah juga mintak pendapat Tini, dia kata better buat full time study untuk degree nih. Macam yang lecturer aku Puan Khazanah cakap " Kemuncak belajar adalah semasa buat degree, lepas tu awak dah rileks dah". lagi sorang lecturer aku ialah Encik Zaman, dia kata " Awak jangan fikir soal umur, umur tu hanya pada figure je, yang penting niat awak tu".

So malam ni aku nak baca prosedur permohonan, syarat permohonan sebelum aku isi borang permohonan esok. Aku nekad. buat apa kalau fikir-fikir tapi langsung tak usahakan sesuatu. Aku pun dah hantar resume kat CEC UTHM. harap-harap dapat kerja kat situ. Kalau aku dapat kerja mungkin aku ada peluang untuk buat partime study kt UTHM or maybe something else. Aaaahh.. tak kesah r. Aku sambar yang mana datang dulu.

"Bismillahirrahmanirrahin. Tuhan..beri Wafi kekuatan"..

Monday, October 24, 2011

Im Back

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Harap semua pembaca sihat dan gumbira hendaknya. Maafla sebab lama sangat aku tak update blog ni. Lama gila kot. Last aku update pada 6 ogos 2011. Sejak nak raya aku terlalu sibuk dengan aktiviti INSEP serta projek amal rumah Parit Surau tu, di tambah pula dengan keletihan tahap dewa. Hahaha..

Banyak yang berlaku akhir-akhir ni. Tapi dek kerana kesibukan, aku tak dapat menceritakan segala yang berlaku. Hanya sekali lalu sahaja.





Projek amal rumah kat Parit Surau tu pun berjaya kami siapkan ke tahap 80%. Terkilan juga kerana kami tak dapat siapkan sepenuhnya. Tapi alhamdulillah apa yang kami buat ni pun boleh dibanggakan kerana dah siap cat dah pun, tapi bahagian luar dan bahagian dalam rumah ibu sajalah. Yang tak dapat kami siapkan adalah plastering di bahagian dalam dapur, bilik air, cat di bahagian dalam dapur & rendering lantai. Bahagian yang tak dapat disiapkan itu akan disiapkan oleh orang orang lain yang akan diupahkan oleh Cik Mat. Ada masa nanti aku nak datang tempat ni, nak tengok perubahan selepas kami tinggalkan. Huhuhu...





Hari terbuka INSEP pun berjaya dilaksanakan. Walaupun tak ramai orang yang datang dek kerana masalah teknikal yang SEPATUTNYA boleh diatasi oleh pihak pengurusan, tapi semuanya berjalan dengan lancar.  Budak-budak kelas aku pun ramai yang tak ada. Hari Terbuka INSEP berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Jumaat & Sabtu (7 - 8Okt 2011). Pada hari Jumaat Salleh & Tinie tak ada sebab diorang dah balik kampung. Pada hari Sabtu lagi ramai yang tak ada, AiniZana & Naz, masing-masing dah balik. Yang si Roy pulak join Kursus Asas Keusahawanan Siswa KAKS. So yang jaga booth cuma aku, Amer, Ajoi & Shamer je. Kira ok lah daripada tak ada langsung yang jaga booth.









Pelbagai program diadakan pada hari terbuka tersebut, antara yang utama adalah Perbentangan Projek Akhir bagi setiap kursus. Maka kami berempat ni bertungkus lumuslah menjaga booth serta memberi perbentangan tentang projek yang kami jalankan kepada panel-panel untuk pemarkahan. Sedihlah juga sebab rakan-rakan yang disayangi tak ada. Selalunya apa-apa pun aktiviti kami buat bersama-sama seramai dua belas orang tu. Tapi sekarang cuma empat orang je. Selain dari Salleh, Aini, Zana & Naz yang tak ada, sebenarnya ada lagi dua orang yang tak ada, iaitu Sya & Ety. Sya berhenti INSEP pada pemghujung bulan puasa. Naik cuti raya dia dah tak ada sebab dia dapat sambung digree in civil engineering di UTHM, yang Ety pula sambung belajar dalam bidang yang sama tapi dia dapat kat UMS, Sabah. Peerrkkhhh... Best kot. Aku teringin gila nak ke Sabah & Sarawak. Roy ada cakap nak pergi bercuti satu kelas kat Sabah satu hingga satu tahun setengah dari sekarang. Maknanya lebih kurang pada penghujung tahun 2012 atau pertengahan 2013. Bajet besar ni beb. Kena kumpul duit dari sekarang. Huhuhu... Hope menjadilah plan percutian ni. Amiiin.. Aku dah suruh Ety jalan puas-puas kat Sabah sepanjang tempoh satu tahun setengah dari sekarang & make sure dia dah kenal pasti tempat-tempat menarik untuk kitorang bercuti babti. Big task untuk Ety. HAHAHA.. baru-baru ni Ety bagi tau aku yang dah dia dah kenal pasti empat tempat yang menarik untuk dilawati di sana. Hhurrrmm.. Bagus betul Ety nih..



1st Place. Sayangnya kat hamper tak tulis pun No 1. Gggrr..
Talking about Pameran Projek Akhir, with pride i want to know you that my course  menduduki tempat pertama dalam acara Pameran Projek Akhir. Hadiah disampaikan oleh penyelaras program hari Terbuka INSEP 2011 En. Safiee.



Dari kiri:- Ajoi, Shamer, Amer & Wafi

Sangat dibanggakan kerana sepanjang 10 siri program INSEP berjalan, kursus Teknologi Pembinaan Bangunan tak pernah dapat tempat pertama, biasanya tempat kedua & ketiga je, paling teruk pun tempat keempat. Puan Khazanah punyalah seronok mendengar khabar berita itu dari Amer. Manataknya penantian selama 10 siri, akhirnya Teknologi Binaan Bangunan menang di tempat pertama buat julung kalinya. Hahahaha..



Socrates Ramos
Tempat ke dua disandang oleh Kursus Kejuruteraan Perpaipan Bagi Loji Pemprosesan.


Yusoff
Tempat ke tiga pula disandang oleh Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan atau lebih dikenali dengan singkatan OSH.

Dengan berakhirnya program tersebut maka itu lah saat terakhir untuk pelajar-pelajar INSEP bersama. Kami  mengambil gambar serta bermaaf-maafan sebelum berpisah. Berat juga hati ni berpisah dengan diorg, terutama budak kelas aku yang sangat sporting & close. Sedih aku semasa bersalaman berpelukan dengan Amer. Entah kenapa Amer tiba-tiba peluk aku, pelukan yang agak lama & sangat erat. Hampir menitik juga air mata aku, tapi aku kawal emosi ketika itu.  Begitu juga dengan Shamer & Ajoi, kami bermaaf-maafan. Ajoi praktikel di Batu pahat, so tak ada masalah untuk kami berjumpa pada bila-bila masa, cuma dah tak dapat berjumpa setiap hari seperti sebelum ini.

Serious aku sayang & akan rindu pada Amer, Roy, Shamer, Salleh, Ajoi, Aini, Zana, Sya, Ety, Tini & Naz.
I lurve u guys.