Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Saturday, November 26, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H



Beberapa jam lagi kita akan memasuki tahun baru Islam, iaitu tahun 1433 Hijriyah. Meskipun ramai dari sebahagian umat Islam yang memandang 'biasa-biasa saja' tahun baru Islam ini, namun sesungguhnya saat pergantian tahun baru Islamlah saat yang paling tepat untuk memulakan sebuah resolusi baru. 


Tak banyak yang dapat aku kongsikan, hanya yang aku mampu adalah untuk berkongsi doa akhir & awal tahun. Sama-samalah kita membaca & menghayatinya. 



Doa Akhir Tahun Hijrah



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah aku kerjakan selama setahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang aku masih belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu). Sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untukku, dan Engkau telah mengajak aku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, aku mohon ampun kepada-Mu dan berilah keampunan kepada ku dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah aku kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, aku mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga Engkau berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W, nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

*Dibaca selepas solat asar sebanyak 3kali.



Doa Awal Tahun Hijrah



Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, dahulu, lagi awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang agung dan kemurahan-Mu tempat bergantung.
Dan kini tahun baru benar-benar telah datang. Aku memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari godaan syaitan, sahabat-sahabatnya dan bala tentaranya. Dan aku memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar aku sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diriku kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

*Dibaca selepas solat maghrib sebanyak 3kali.

Monday, November 21, 2011

PWTC

Aku ke KL hujung minggu lepas. Ada BN Youth Job Fair kat PWTC. Sebanyak 200 booth yang dibuka & lebih dari 56000 jawatan di tawarkan. Aku pi sana dengan adik aku Farah.

banyak juga jawatan yang aku apply. tak silap aku lebih kurang dalam enam jaatan aku mohon & drop resume aku kat sana. Aku harap sangat ada beberapa jawatan yang aku dapat.

Tak sangka juga aku terserempak dengan kawan lama masa kat YPJ dlu. Eman atau nama penuh dia Erman Emran. teerkejut juga.

yang paling mngejutkan adalah aku bertemu dengan Nasha Aziz. Kenal tak?.. Takkan tak kenal kot. Pelakon yang cantik jelita tu. Dia ada show rsenye kat situ sebab ada pentas kat dalam dewan tu. ramai ang amik peluang bergaambar dengan dia. Aku & Fara pun tak ketinggalan. Artis kot. Huhuhu..

 Boleh tahan tinggi si Nasha Aziz ni. Cantik. Tapi macam ada sesuatu yang pelik kat muka dia. hahaha.. Taak nak cakaplah. Fikirlah sendiri. yang paling best dia ni sangat friendly & kelakar. Sempat dia bergurau dengan aku masa aku tengah tunggu giliran nak amik gambar. Nilah 1st time aku bergambar dengan artis. Yang paling aku tunggu-tunggu ialah aku nk bergambar dengan artis yang paling aku minati & memang diminati ramai, sapa lagi kalau bukan Siti Nurhaliza. Anyway Nasha Aziz best lah..