Assalamualaikum w.b.t. Berdirinya saya disini adalah untuk... Waahh!!.. Over la pulak aku malam-malam buta nih. Rindunya nak menaip kat blog aku yang entah apa-apa nih. Tapi kat sini lah tempat aku meneritakan segala apa yang berlaku dalam kehidupan aku sehari-hari tanpa membazirkan prepaid aku.Kahkahkah...
Kesibukan menghabiskan latihan industri LI aku di INSEP membuatkan aku tidak memiliki kesempatan untuk menulis. Berkenan dengan LI tu terpaksalah aku abaikan sebab dah berlalu & kalau nak diceritakan kompem entry bab LI aku tu akan panjang lebar. So aku ceritakan yang the latest aje lah ya.
Untuk pengetahuan semua, aku sekarang berada di Johor BAhru. Sebuah Bandar besar yang aku sangat suka. Aku tak berapa suka KL. To me KL is too crowd. Maybe sebab aku tak pernah duduk KL dan aku pernah duduk JB selama hampir empat tahun sebelum ini.
Keberadaan aku di sini adalah kerana aku sedang mengikuti kursus Safety Officer (SHO) di NIOSH ni. Aku sampai disini malam tadi, Ahad 8 Januari 2012 lebih kurang pada jam 9.50 malam. Aku menetap di rumah makcik aku di Jalan Padi Malinja 7, Bandar Baru Uda (BBU). Program ini berlangsung selama 22 hari bermula 9 Jan 20123 sehingga 21 Feb 2012, maka selama itulah aku akan tinggal bersama mak usu aku sekeluarga. Rasanya tidak ada rasa ketidakselesaan sekiranya aku menetap di sini kerana aku sangat rapat dengan keluarga mak usu aku ni. Tidak keterlaluan kalau aku katakan bahawa aku menganggap mak usu aku ini sebagai mak aku juga kerana dia sangat mengambil berat hal aku serta adik beradik aku.
Hari pertama aku di NIOSH berjalan dengan baik. Seramai 21 peserta telah melaporkan diri di NIOSH. Pada hari ini aku dapat berkenalan dengan beberapa orang rakan. Orang pertama yang aku kenal adalah Faiz, berkulit putih dan sederhana tinggi. Dia duduk bersebelahan dengan aku. Kira kami berkongsi satu meja. Orang kedua yang aku kenal ialah Azlan & Anuar. Kedua-duanya aku berkenalan ketika sesi minum pagi di cafeteria. Yang paling mengejutkan aku adalah, Faiz & Azlan menetap di Bandar Baru Uda. Faiz tinggal di Jalan Padi Malinja 2, manakala Azlan di Jalan Padi Mahsuri 8 dan masing-masing tinggal bersama keluarga. Tak sangka sungguh. Pertemuan kami macam dirancang pulak. Siapa lagi yang merancang kalau bukan Dia, Allah yang maha berkuasa. Ada masa nanti aku tunjukkan gambar diorg.
Selepas sesi pendaftaran kami dibekalkan dengan sebuah beg. Sekali imbas tengok macam back pack DSLR Camera aku. Rupa-rupanya beg NIOSH daa.. Tipu la kalau aku tak bangga bawak beg ni. Tak kira la orang nak kata macam budak skolah ke apa ke. Kau ada??.. Hahaha.. Astaghfirullahalazim. Berlagaknya aku. Bukan senang nak dapat taw. Kena bayar RM4K baru dapat beg tu. Tp bukan beg tu yang aku kejarkan, tapi ilmu serta certificate tu yang aku perlukan.
Aku ingatkan beg kosong je. Sekali angkat, Amekaw. Tu dia. Macam hangkut batu giling hampa taw. Nak tahu tak apa duk ada dalam beg tu.
Tu dia. Ada enam buah buku teks dan dua buah fail tebal. Bermula dari kiri. 1- Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 2-Perundangan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, 3-Kesihatan Pekerjaan & Higien, 4-Keselamatan Pekerjaan. Yang tengah tu adalah buku-buku akta. Bermula dari bawah. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Dan Peraturan-Peraturannya, yang atasnya tu pulak Akta Kilang Dan Jentera Dan Perturan-Peraturannya. Yang kanan tu adalah dua buah fail yang mengandungi empat modul yang akan kami cover sepanjang tempoh dua puluh dua hari kursus ini berjalan. Phewww!!!!.. Pendek rasanya nafas aku ni. Tercungap-cungap kejap. Apa-apa pun aku akan buat-betul. Sebab prospek bidang ini sangat luas dan sangatlah diperlukan.
Untuk pengetahuan semua. Kelayakan minima untuk menyertai kursus ini adalah lepasan SPM & setaraf. Bayaran hanya RM4K. Sijil penyertaan yang sangat berharga akan diberikan kepada peserta yang berjaya menjalani 75% kuliah dan sijil itu diiktiraf oleh DOSH (Departmental of Occupational Safety & Health).
Lepastu bolehlah ambil exam.