Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Monday, June 6, 2011

UTHM

 
Sepanjang 26 tahun aku duduk kat Batu Pahat, aku cuma lalu je depan UTHM sebagai penduduk tempatan, tak pernah terfikir yang aku akan masuk ke UTHM. Tapi harini aku adalah Pelajar UTHM. Serious, memang aku rasa seronok + bangga + mcm tak percaya pun ada. Tak boleh nak digambarkan macamana perasaan aku sekarang. 
Sebulan yang lepas aku apply kursus INSEP di UTHM dibawah CEC. INSEP tu bermaksud Industrial Skill Enhancement Programe atau dalam bahasa Melayu Program Peningkatan Kemahiran Industri, iaitu satu program latihan semula graduan lepasan ijazah/diploma yang sedang menganggur untuk menambah nilai kemahiran sedia  ada supaya dapat membantu mereka meningkatkan kebolehankerjaan graduan, terutamanya industri. Program INSEP ini ditaja  dan diselaraskan oleh Kementrian Kewangan Malaysia yang bertujuan untuk membantu para graduan mempersiapkan diri bagi mengatasi kekurangan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Secara ringkasnya program ini memberi nilai tambah kepada ijazah/diploma yang sedia ada, dan yang paling best pelajar akan dianugerahkan Diploma Executive. Sound like great.
Terdapat 13 program yang ditawarkan di bawah 5 fakulti dan aku adalah dibawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar (FKAAS) dalam program Teknologi Pembinaan Bangunan. Masa aku apply tu, ada dua pilihan yang aku letak. Pilihan pertama aku Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan pilihan ke-2 aku adalah Teknologi Pembinaan Bangunan. So aku dapat Teknologi Pembinaan Bangunan. So sad. Aku mengharap sangat dapat OSH. Sekarang ni dalam proses untuk tukar program, aku tetap nak ambik OSH. Bulan tujuh baru dapat tahu keputusan.

So harini cuma pendaftaran je. Berdebar jugak la aku sepanjang harini. Yela..tak ada sapa-sapa yang aku kenal. So masa tengah beratur untuk mendaftar tu, aku ternampak seseorang yang aku sangat kenal. Diana, bekas staff Parkson. Diana dulu adalah Asst Supervisor Electrical & DIY Dept, kira orang kuat Mansur la. Tak lama dia kat dept tu. Then dia pindah ke Dept Personnel (HR). Adala dua tiga bulan dia kerja, then berhenti. Tup-tup terserempak kat sini. Tak sangka betul. Sempat la berbual kejap, aku pun lupa program apa dia ambik. 
Lepas aku siap daftar terus aku amik tenpat untuk duduk, takkan nak berdiri je kan. Lama jugak aku duduk, ada la dekat setengah jam. Aku cuba carik WiFi, dapat, tapi nak kena register dengan UTHM dulu. Adoiyai.. Tak lama lepastu datang sorang mamat ni duduk sebelah aku. Lepas bersalaman terus kenalkan diri. Aizuddin namanya, dia di bawah program Rekabentuk Produk Kejuruteraan. Aku pun tak tahu pemende tu. Sempat la bertukar-tukar phone number. Senang nak contact kalau ada apa-apa hal. 
Pukul 10.30 dah start majlis. bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah CEC, Prof. Madya Dr. Berhannudin B Mohd Saleh, lepas tu taklimat INSEP oleh Ketua Jabatan CEC, Prof. Madya Dr. Hj Mohd Yusop B Abd Hadi. Seterusnya taklimat Perpustakaan, Kesihatan. Lepas makan tengahari akan diadakan taklimat penginapan tapi aku tak terlibat sebab aku duduk luar. Tak duduk hostel. Memang aku tak nak duduk hostel pun. Esok hari ke-2 aku kt UTHM. Entah apa yg akan berlaku pun aku tak tahu. Tengok jelah. Tungguu....!!!!..
Sebaranag maklumat lanjut sila klik http://cec.uthm.edu.my/menuinsep.html

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.