Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Monday, November 15, 2010

Dosa menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’..

AYAH,TARIK TANGAN SAYA NI,KAKI SAYA TERLEKAT..

Cerita ini aku share dari facebook seseorang. Harap di jadikan pedoman.

Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu.


I September 1994.


Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut.
Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng - gelengkan kepala.
Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan,
kata saya di dalam hati.
Setelah injin motosikal di matikan, saya berjalan ke arah mereka.


” Bincang apa tu ?
Serius aku tengok,” saya menyapa.


” Haaa… Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?”
kata Jaimi, kawan saya.


” Budak perempuan ?
Tak boleh keluar dari kubur ?
Aku tak fahamlah,” jawab saya.




Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.


” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ”
di kubur kat kampung Batu 10 tu,
ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia,
tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.


” Kenapa jadi macam tu ? ”
saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam.
Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya...
Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan.
Bagaimana pun,
ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.


” Bukannya banyak, RM 20 aja mak !” gadis itu membentak.


” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya, perlahan.


Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal.
Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,
lemah jantung dan kencing manis.


” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar.
Saya pun nak jalan jugak,” kata gadis itu.


” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.


” RM 20 aja !” si gadis berkata.


” Tak ada ,” jawab ibunya.


” Emak memang kedekut !” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.


” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan,
gadis tersebut menyanggah, katanya,


” Ahhh… sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! ”


” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung ,
tapi belum pun habis kata-katanya,
si gadis memintas lagi,


katanya ; ” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !”


Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu.
Si ibu jatuh ke lantai .


” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit.
Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai.
Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes.
Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding.
Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi.
Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.
Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi.
Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut.


Si gadis panik.
Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut.
Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu.
Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.


Jaimi menyambung ceritanya ;
” Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi.


Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik,
tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur,
ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur.
Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.


” Tapi bila budak perempuan tu tolong,
mayat ibunya serta-merta jadi ringan.
Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur.”


Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya.
Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.


Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat .
Ia seperti di paku ke tanah.
Si gadis mula cemas.


” Kenapa ni ayah ?” kata si gadis.


Wajahnya serta-merta pucat lesi.


” Apa pasal,” Si ayah bertanya.


” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat !” balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh.
Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.




” Ayah, tarik tangan saya ni.
Kaki saya terlekat… tak boleh nak naik,” gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.


Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal.
Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah.
Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.


” Ayah… kenapa ni ?? !!


Tolonglah Saida , ayah..” si gadis memandang ayah dan
adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.
Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur.
Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah,
kaki si gadis tetap terpasak di tanah.
Tangisannya bertambah kuat.


” Tolong saya ayah, tolong saya…
kenapa jadi macam ni ayah?”
kata si gadis sambil meratap.


” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .
Sekarang ayah pun tak tau nak buat macam mana,”
jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.


Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


” Emak… ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis .
Sambil itu di peluk dan di cium jenazah.
Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.


” Maafkan Saida emak,
maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal…
Saida menyesal..
Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh ditarik keluar.
Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa.


Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal,
imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.




” Kita kambus sedikit saja,
sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja…
kalau hujan macam mana ? ” kata imam kepada bapa gadis berkenaan.


” Habis anak saya ?” tanya si bapa.


” Kita akan terus cuba tarik dia keluar.
Kita buat dua-dua sekali,
mayat isteri awak di sempurnakan,
anak awak kita selamatkan,” balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju.
Lalu seperti yang di putuskan,
upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja,
cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.
Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur.
Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan.
Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.
Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar.
Tapi tidak berhasil.


” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni.
Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.


” Aku pun nak pergilah,” kata saya.
Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.
Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana.
Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ.
Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan
berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.


Setelah penat berusaha,
akhirnya saya berjaya sampai ke barisan paling hadapan.
Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan
terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.
Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing.


Nasib saya memang baik hari itu.
Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.


” Pssstt… Raie… Raie.. Psstt,” saya memanggil ,
Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.


” Boleh aku tengok budak tu ?” saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.


” Mana boleh .
Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik.


Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.


” Sekejap aja.
Bolehlah…”saya memujuk.


Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah.
Tanpa berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan
berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Namun demikian dada saya berdebar kencang.
Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.


Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran,
akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan.
Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.


Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.
Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau.
Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk.
Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa sebak.
Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar,
saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal..”




Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak,
gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya.
” Emak… lepaskanlah kaki saya ni.
Ampunkan saya, lepaskan saya,”
Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.


Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur.
Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.


” Sudahlah tu Saida… makanlah sikit nak ,”
rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air.


Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan.
Malah memandang ke atas pun tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.


Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.


Begitu besar kekuasaan Allah.
Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas ‘tunai’.


Malangnya saya tidak dapat lama di sana.
Cuma 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian.
Mahu tidak mahu , terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut.
Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap
” Ampunkan saya emak,
ampunkan saya saya, Ya Allah,
lepaskanlah kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf…”


Lantas saya menoleh buat kali terakhir.
Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk di bawa keluar,
tapi seperti tadi, tidak berhasil.
Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam
kepungan lengkap dengan senjata masing-masing.
Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk
membuat liputan tetapi tidak di benarkan .
Mereka merayu bermacam-macam cara,
namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.


Matahari kian terbenam,
akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida masih begitu.
Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata.
Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.




Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati.
Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa.
Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar.
Saida tetap tidak dapat di keluarkan.


Embun mula menitis.
Saida kesejukan pula.
Dengan selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung.
Namun dia tidak dapat tidur.
Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Begitulah yang berlaku keesokannya.
Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu.
Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka
puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.




Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar
kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.


Allah Maha Agung…
sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir,
barulah tubuhnya dapat di keluarkan.
Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.


Kuburnya kini di penuhi lalang.
Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai,
tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka. 
urrmm.. dah lama aku tak update blog ni. terlalu sibuk. nantikan kemunculan wajah baru pada blog aku ni. see you then.

Sunday, August 29, 2010

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa. Sebut pasal puasa ni, banyak kenangan aku dari aku kecik sampai la aku da besar panjang kang nih. Maasa aku kecik dulu, umi aku cakap kitorang adik beradik montok-montok. pipi kembung, tegang. Almaklumlah banyak makanan. Aku ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Kitorang kecik-kecik dah puasa. Untuk step pertama puasa setengah hari je. Kalau dapat penuh umi aku bagi 20sen. Huhuhu. Sahur lagi best. Dah macam sarapan pagi. Umi aku buat mee goreng lah, nasi goreng, cekodok, lempeng, gorengkan nugget, kentang dan macam-macam lagi lah, ala-ala sarapan pagi gitu. Hahahaha. Bestkan. Bila aku dah beranjak ke sekolah menengah dah mula belajar mkn nasi putih waktu sahur.

Bulan 6 2003 aku sambung belajar di YPJ JB. Tulah puasa pertama tanpa keluarga. Agak terseksalah jugak. Buka puasa apa yang ada. Sahur pun sama. Paling aku suka makan burger waktu sahur. Teringat kenangan pergi bazar dengan housemate BBU, Abe, Mizi, Angah, Badan, Ayed, Abg Eddy & Che Mat. Pergi Bazar kat Stadium Larkin dengan Azmi, Reza & Fauzi. Seronok jalan kaki ramai-ramai. Pastu buka ramai-ramai kat depan tv. Pernah skali aku tertidur lepas berbuka. Biasa lah penat study lepas tu perut pulak kenyang, hajat di hati nak duduk-duduk je kat sofa tu, tup-tup tertidur. Aku sedar-sedar dah pukul 8.20mlm. Yang lebih dahsyatnya bukan aku sorang tertidur, rupa-rupanya satu rumah tertidur. Kelakar betul waktu tu.

Lepas belajar ( Ogos 2007)  aku keje kat Pacific Hypermarket. banyak juga kenangan berpuasa kat Pacific tu. Teringat kenangan berbuka puasa dengan Erni, Fara, Intan, Kak Ila, Kak Syam, Kak Ida, Ijal, Wawan, Man, Naz, Kak Ngah, Opie. Seronok sangat. tapi tu semua tinggal kenangan. Aku sekarang bekerja di Parkson. Puasa kat sini pun best jugak. Tapau makanan kat bazar ramadhan. Kadang-kadang tapaw makanan sendiri, kalau malas nak keluar aku oder dengan kawan-kawan. Hehehe...

Di kesempatan ini aku nak ucaapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini. Halalkan makan dan minum aku selama ini. Andainya aku ada tersalah dan silap samada sengaja atau tidak mohon diampunkan. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Thursday, August 19, 2010

Kesian Amy..

Selasa 17 Ogos 2010... 10.00mlm

Berlaku satu kejutan kt tempat keje aku. Masa nak balik kerja. Waktu aku tengah wat preparation untuk close Customer Service Counter tetiba aku ternampak seseorang yang aku kenal di papah oleh dua orang kawan aku, Lan & Kak Siti. OMG!!.. its Amy.. What happen?.. aku tengok Amy dipapah dalam keadaan yang sangat lemah dan pucat. Aku terus sorong wheelchair. Amy kelihatan mengigil. Semua yang ngah tunggu giliran untuk punch card berkerumun ke Amy. Aku suruh yang lain jgn kerumun Amy. He need to send to the hospital. Kak Siti suruh aku bwk Amy ke Hospital. Tanpa banyak bicara aku terus ambil kunci kereta. Aku tinggalkan Wani dan Noren di kaunter. Sampai di pintu staff entrance Pali dah tunggu. Dia dan Lan terus papah Amy ke kereta aku. Nasib baik kereta aku tak parking jauh sangat. Tapi terasa jauh nak menuju ke kereta aku. Aku percepatkan langkah walaupun kaki aku terasa sakit. Beberapa saat selepas panaskan enjin aku terus pecut ke hospital. Pali, Lan & Syahmi follow dengan menaiki motor masing-masing. Sampai di hospital aku turunkan Amy di Emergency Room. Lepas parking kereta Pali, Syahmi dan Lan sampai. Kami terus ke emergency room. Kami tunggu Amy di ruang menunggu. Lama la jugak. Lebih kurang jam 10.45 mlm Erol dan Pais plak sampai. Mereka belikan milo panas untuk Emy. Perihatin sungguh budak-budak ni. Bangga aku. lebih kurang jam 11.30mlm nurse bagi tau yang Emy sedang di rehatkan di wad pemerhatian dan kami kene tunggu lagi lebih kurang 3 atau empat jam untuk menunggu  Kami dibenarkan menemani dia tapi tak boleh ramai-ramai. 1 orang je yang boleh masuk. Tanpa banyak bicara kami terus kesana. tak lama kemudian 1 rombongan lagi sampai, adalah dalam lapan ke sembilan orang. agak riuh jugak wad tu. Aku dah mula risau. Takut nurse marah. Sangkaan aku tepat. Kami kene sound. Hahahaha.. Yang lain terus beredar di ruang menunggu. Hanya aku, Pali dan Kak Siti je yang ada kt situ. kami berbual-bual sekejap. Rupa-rupanya Amy terover doss. Manataknya, dia dah la demam, buka puasa pulak cuma makan pulut panggang seketul dan mee goreng sesuap dua. Pastu makan pain killer tablet sampai dua biji, tu yang kejang 1 badan tu. Yang lain bergilir-gilir masuk melawat Amy. Aku masih lagi di wad pemerhatian tanpa berganjak. Aku nak temankan dia sebab aku yang bawak dia ke hospital. Sampai je giliran yang terakhir kami kena sound lagi. Apa lagi, kami belah la. Sakit jugak telinga kene sound dengan nurse yang tak ada budi bahasa langsung. Aku minta izin dengan Amy untuk keluar. Kami berkumpul kat luar. Dlm pukull 12.00 yang lain dah balik, tinggallah aku dan Pali tunggu Amy. Kami berbual dari hal kerja, hal keluarga samapailah kepada hal-hal peribadi. Tengah berbual-bual tiba-tiba Amy keluar. Bosan duduk kt dalam katanya. Tak lama lepastu nurse yang bertugas sound, "Tolonglah duduk dalam dik. Nanti kalau sister nampak saya yang kene marah". Kasar lak tu. Rasa nak tampor je muka nurse tu. Nasib baik cantik. Tapi budi bahasa tak cantik langsung. Aku dan Pali merungut pasal nurse tadi. Pastu kami teruskan berbual. Amy dah tertidur gaknye kat dalam wad tu. Pukul 2.30pg Amy panggil kami. Dia dah boleg discharge. Doktor kata Amy demam biasa je. Aku terus antar Amy balik. Pali pun balik. Dah antar Amy balik, aku pulak nk hantar diri aku balik. Semoga Amy cepat sembuh. Hehehe..

Tuesday, August 17, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


Pada hari isnin 17 0g0s 2009, iaitu lima hari sebelum puasa. Pagi tu macam biasa lah aku bangun tido pukul 8.30. Waktu aku bngun tu, aku rasa malas sangat nak pergi kerja. Aku masuk kerja pukull 10 pagi. Tapi waktu tu rasa macam nak masuk pukul 11 je. Aku bekerja sebagai partime promoter di Pacific Hypermarket Batu Pahat Mall. Sambil baring-baring tu kepala aku ni fikir, alang-alang msauk pukul 11 lagi baik aku masuk syift afternoon (pukul 2 petang). Tapi fikir punya fikir.. Oh!!.. tak boleh, partner aku Fara msauk pukul 2 petang. Aku terus bingkas bangun dan mencapai tuala ku yang tersidai di ampaian depan katil aku (cam ayat novel plak). Selepas mandi dan tanpa sempat bersarapan aku terus pergi kerja Lebih kurang pukul 9.35 aku dah keluar rumaf. Aku memulakan perjalanan ke tempat kerja seperti biasa. Sampai di satu tempat iaitu di antara stesen minyak mobil dan maktab perguruan batu pahat, tiba2 ak dah nampak bonet sebuah kereta Toyota Camry model terbaru bernombor JKM23 sudah berada dekat dengan aku (aku tak ingt dari mana mata aku dah ditutup. ustaz aku masa skolah ada bagi tau dulu. biasanya syaitan yg tutup mata kita time eksiden nak berlaku). Aku cuba brek. Tapi aku gagal lalu merempuh bonet kanan kereta tu kerana dah tjarak motor aku dan kereta tu terlalu dekat. Toyota Camry model terbaru beb. Kereta idaman aku tu. Muka aku tersembam pada bonet kereta tu. Paha kanan aku menghentam pada handle motor aku dek kerana ak u terlambung sedikit kedepan. Aku tercampak ke sebelah kiri jalan. Motor menghemp kaki aku. Tapi ak masih lagi berada di tengah-tengah jalan raya. Aku cuba untuk bergerak tapi tak boleh. Aku menjerit meminta pertolongan. Dlm beberapa saat datang sekumpulan lelaki lebih kurang alam empat orang terus mengangkat aku dan mtor aku ke bahu jalan. Semasa aku diangkat aku meraung kerana aku rasa kaki kanan aku sakit gila. Seorang abang tu ckp "Tahan sikit dik, paha kanan awak patah". Selang beberapa saat sebuah lori besar lalu betul-betul di atas tempat aku jatuh td. Kalaulah aku lmbt diangkat tadi mungkin aku lebih parah dari apa yg korang nampak, atau mungkin nama Al-Wafi hanya jadi sebutan dan kenangan je. Aku cuba meraba paha kanan aku. Besar paha aku. Memang sah patah. Alhamdulillah ak tak pengsan. aku sempat call mak aku, call ayah aku, call adk bongsu aku kat rumah yang tengah cuti semester, aku pun sempat call partner tempat kerja aku, dan kawan baik aku. Tak lama lepas tu ambulan datang. Abang ambulan tu kata paha kanan aku patah. dia amik penyokong kaki tu dan letak sebelah kaki kanan aku. Dia bukak kasut aku dan dia cakap "Tahan sikit ye dik" Aku tak tahu apa yang dia nak buat. Tetiba je dia terus rentap kaki aku. Aku dapat dengar bunyi 'krruupp!!..' Aku tak sempat buat apa-apa. Menjerit pun tak sempat. Sakit ya amat. Serios. Tapi dia terpaksa buat sebab nk luruskan kaki aku yang patah tu sebab nak balut kaki aku pada papan penyokong kaki tu. Dah selesai, aku di angkut ke dalam ambulan. First time tu naik ambulan. Hahaha... Kat hospital aku di periksa. Aku cuma patah paha kanan, koyak dagu dan koyak lidah. Selang tiga hari iaitu hari Khamis 20 Ogos 2009 aku di bedah untukmasukkan besi kt paha aku. Aku menerima 18 jahitan, 5 jahitan di dagu dan 13 di paha kanan aku.. Pada hari Sabtu (hari prtama puasa) aku demam, panas badan aku. Doktor kata ini perkara biasa selepas operation sebab ada benda benda asing dalam badan (plat besi tu).. Badan belum serasi dengan benda asing tu. Kalau tak kerana demam hari Ahad aku dah boleh balik. Tapi dek kerana demam aku kena tahan lagi sampai hari Selasa. Selasa petang aku dah balik. Nak bergerak punyalah susah. Satu badan aku dah tegang, cramp. Otot-otot dah keras sebab 8 hari aku baring atas katil tak bangun-bangun. Punyalah seksa nak bergerak sampai menitik air mata aku tahan sakit. Nak tak nak kena balik juga sebab dah discharge. Aku tak puasa penuh tahun ni. Terpaksa ponteng 8 hari, 4 hari kat hospital 4 hari kat rumah sebab kena makan ubat. Apa taknya aku ponteng puasa, hari-hari nurse cucuk sana cucuk sini. 1 hari lebih la dari 4 kali kena cucuk. Yang air tu pun 1 hal jugak. 24 jam masuk air. Entah dah berapa botol pun aku tak ingat. Sampai nurse dah tak tau nak cucuk kat mana. Lengan aku dah bengkak kemerah-merahan. Nak je aku cakap cucuk kat bontot.. Hahahaha... Kalau korang nak tau ni lah 1st time aku eksident. Ada sesetengah orang selalu sangat jatuh motor , luka sana luka sini sampai berparut-parut. Tapi aku tak pernah. Kulit badan aku ni bersih. Tak ada parut-parut bagai. Tapi sekali dah kena... Hambik ko.. Paha aku ni dah mcm lipan. Hahaha..


Pada 21 Nov aku di nobatkn sebagai graduan. aku konvo k utm skudai. huhuhu..konvo pkai wheelchair.. sedih woo..xdpt jmpe kwn2.. aku di tempatkan kt atas stage. so tk dpt duk bwh dgn mmbr.. abs konvo trus amk gmbr then baik.. smpt jmpe 4 org je mmbr aku, tu pun kt studio.. korg ley tgk gmbr aku mse konvo.. aku ada upload.. 11bulan ku terlantar kt umah. bertemankn kerusi roda dan tongkat yg setia bersama aku ketika aku nk bergerak. t.kasih kpd kwn2 yg pnh dtg melawat aku. T.kasih pd Lan, K.Im, Lia dan suaminya Hailree, K.Yana dan Hazuan, Faezah yg dtg pd hari pertama aku eksident, selang 2 jam slps aku masuk wad. menitik air mata aku mse diorg dtg. t.kasih gk kt Syuk yg dua minggu skali bwk aku p uma sewa dia. lepak2. sorong aku dgn kosi roda jln2 kt BP Mall n Square One Shopping Mall. t.kasih gak kt Intan, Fara, Mis Tai, Azfar n Daniel yg sudi dtg melawat kt rumah. dr 70 kg berat aku da naik 10 kg..so jd lah 80 kg. kwn2 sume kata aku tembam.. perut da kdepan. teringt masa Asri Daniel dtg melawat aku. time tu da sembilan bulan aku duk umah. dia pgang2 bahu n lengan aku. dia kata "knp abg gemuk sgt".. hahaha. pe tk nye. sendiri msk sendiri mkan. masak?.. haa.. jgn terkejot. walaupun aku berkosi roda tp aku still masak.. jeng jeng jeng.. so korg bayangkan lah mcmana aku msak, basuh baju, sapu lantai n mop lantai smbil menggunakan kosi roda. bayangkaaaann!!!!.. banyak baju2 aku dah tak muat.. ada yang aku dah bagi kat orang.. almaklumlah aku ni xde adik lelaki.. adik bradik lelaki angkat adalah.. so baju2 aku yang da tak muat bagi kat kawan2.. ni pun ada 3 helai lagi kemeja aku nak bagi kat member tempat keje aku sekarang nie.. satu helai bagi kat saufi.. dua helai lagi aku bagi Hafiz..





Ha!!.. skang ni aku da bkerja. da sbulan stengah aku kerja kt Parkson Square One Batu Pahat. Dept Customer Service. ak sbenarnya nk je balik kt tmpt lme aku,Pacfic.. tp dokt tk bg sbb kt pacific aku bkerja sbg promoter.. paham2 la kje promoter cmner.. angkt kotak berat2.. berdiri spenjang 1 ari bkerja. dokt tk bg aku wat kerja2 berat. siap watkn surat utk aku lg. so aku apply kje t parkson sbg custmer service supvisor. alhamdulillah dpt. inviroment baru. kwn2 baru dan joblist yg baru. xsme dgn kje promoter.. relaks je.. duduk. tp nk kne tau bnyk psl cmpny sbb ktorg yg kt CS ni adalah Parkson Spokeperson, kne sentiasa kne tahu info yg tepat dan pantas. plg nyampah klu nk layan kerenah customer yg mcm2 ragam. tp tu perkara biasa je. sbb aku ada 2thun pngalaman kerja kt pacific. da biase dh dgn kerenah custmer. yg pntg sentiasa senyum semanis yg boleh. agak2 xmanis sapu je dgn madu, gula melaka pun boleh pkai gak. bwahahaha.. Ujung blan lps iaitu sebulan lps kje aku timbang berat bdan.. da turun 2kg..huhuhu..syok woo.. skang ni plk bulan puasa. penghujung puasa aku nk tmbang berat bdan ak lg.. ntah bper kilo gaknye turun..rsenye lbh dr 2kg. sbb time buka aku tk mkn bnyk..almaklumlah buka kt tmpt kje. mkn pe yg ada je. tp best buka puasa ramai2. klu buka kt uma..huh!!!..ke laut la jwbnya aku, pantang dihidang. kompem aku sapu habis. almaklumla aku sorg je anak kt uma. adk2 aku sume duk jauh..blaja. ak jd anak tunggal.. hahaha... jgn mara ye dik.. xlme lg nk raya.. hope Ramadhan dan Syawal kali ni akn lbh bermakna lg. oh ya lpe nk bg tau. aku bwk nenek eku p fisiotherapy kt Putra Specialist Hosp. aku pun bua2l r dgn brader therapist tu psl aku eksident n aku ckp la yg aku rse aku berjalan mcm tempang sikit. then dia suh aku duk atas katil melunjur kaki. dia ukur kaki aku. dia kata pendek lbh krg stengah inchi.. hohoho.. time tu Tuhan je yg tau mcmana prasaan aku. tp aku redha.

Tu lh serba sdikit sjaraah idup aku yg paling besar berlaku dlm idop aku...