Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Tuesday, August 17, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah


Pada hari isnin 17 0g0s 2009, iaitu lima hari sebelum puasa. Pagi tu macam biasa lah aku bangun tido pukul 8.30. Waktu aku bngun tu, aku rasa malas sangat nak pergi kerja. Aku masuk kerja pukull 10 pagi. Tapi waktu tu rasa macam nak masuk pukul 11 je. Aku bekerja sebagai partime promoter di Pacific Hypermarket Batu Pahat Mall. Sambil baring-baring tu kepala aku ni fikir, alang-alang msauk pukul 11 lagi baik aku masuk syift afternoon (pukul 2 petang). Tapi fikir punya fikir.. Oh!!.. tak boleh, partner aku Fara msauk pukul 2 petang. Aku terus bingkas bangun dan mencapai tuala ku yang tersidai di ampaian depan katil aku (cam ayat novel plak). Selepas mandi dan tanpa sempat bersarapan aku terus pergi kerja Lebih kurang pukul 9.35 aku dah keluar rumaf. Aku memulakan perjalanan ke tempat kerja seperti biasa. Sampai di satu tempat iaitu di antara stesen minyak mobil dan maktab perguruan batu pahat, tiba2 ak dah nampak bonet sebuah kereta Toyota Camry model terbaru bernombor JKM23 sudah berada dekat dengan aku (aku tak ingt dari mana mata aku dah ditutup. ustaz aku masa skolah ada bagi tau dulu. biasanya syaitan yg tutup mata kita time eksiden nak berlaku). Aku cuba brek. Tapi aku gagal lalu merempuh bonet kanan kereta tu kerana dah tjarak motor aku dan kereta tu terlalu dekat. Toyota Camry model terbaru beb. Kereta idaman aku tu. Muka aku tersembam pada bonet kereta tu. Paha kanan aku menghentam pada handle motor aku dek kerana ak u terlambung sedikit kedepan. Aku tercampak ke sebelah kiri jalan. Motor menghemp kaki aku. Tapi ak masih lagi berada di tengah-tengah jalan raya. Aku cuba untuk bergerak tapi tak boleh. Aku menjerit meminta pertolongan. Dlm beberapa saat datang sekumpulan lelaki lebih kurang alam empat orang terus mengangkat aku dan mtor aku ke bahu jalan. Semasa aku diangkat aku meraung kerana aku rasa kaki kanan aku sakit gila. Seorang abang tu ckp "Tahan sikit dik, paha kanan awak patah". Selang beberapa saat sebuah lori besar lalu betul-betul di atas tempat aku jatuh td. Kalaulah aku lmbt diangkat tadi mungkin aku lebih parah dari apa yg korang nampak, atau mungkin nama Al-Wafi hanya jadi sebutan dan kenangan je. Aku cuba meraba paha kanan aku. Besar paha aku. Memang sah patah. Alhamdulillah ak tak pengsan. aku sempat call mak aku, call ayah aku, call adk bongsu aku kat rumah yang tengah cuti semester, aku pun sempat call partner tempat kerja aku, dan kawan baik aku. Tak lama lepas tu ambulan datang. Abang ambulan tu kata paha kanan aku patah. dia amik penyokong kaki tu dan letak sebelah kaki kanan aku. Dia bukak kasut aku dan dia cakap "Tahan sikit ye dik" Aku tak tahu apa yang dia nak buat. Tetiba je dia terus rentap kaki aku. Aku dapat dengar bunyi 'krruupp!!..' Aku tak sempat buat apa-apa. Menjerit pun tak sempat. Sakit ya amat. Serios. Tapi dia terpaksa buat sebab nk luruskan kaki aku yang patah tu sebab nak balut kaki aku pada papan penyokong kaki tu. Dah selesai, aku di angkut ke dalam ambulan. First time tu naik ambulan. Hahaha... Kat hospital aku di periksa. Aku cuma patah paha kanan, koyak dagu dan koyak lidah. Selang tiga hari iaitu hari Khamis 20 Ogos 2009 aku di bedah untukmasukkan besi kt paha aku. Aku menerima 18 jahitan, 5 jahitan di dagu dan 13 di paha kanan aku.. Pada hari Sabtu (hari prtama puasa) aku demam, panas badan aku. Doktor kata ini perkara biasa selepas operation sebab ada benda benda asing dalam badan (plat besi tu).. Badan belum serasi dengan benda asing tu. Kalau tak kerana demam hari Ahad aku dah boleh balik. Tapi dek kerana demam aku kena tahan lagi sampai hari Selasa. Selasa petang aku dah balik. Nak bergerak punyalah susah. Satu badan aku dah tegang, cramp. Otot-otot dah keras sebab 8 hari aku baring atas katil tak bangun-bangun. Punyalah seksa nak bergerak sampai menitik air mata aku tahan sakit. Nak tak nak kena balik juga sebab dah discharge. Aku tak puasa penuh tahun ni. Terpaksa ponteng 8 hari, 4 hari kat hospital 4 hari kat rumah sebab kena makan ubat. Apa taknya aku ponteng puasa, hari-hari nurse cucuk sana cucuk sini. 1 hari lebih la dari 4 kali kena cucuk. Yang air tu pun 1 hal jugak. 24 jam masuk air. Entah dah berapa botol pun aku tak ingat. Sampai nurse dah tak tau nak cucuk kat mana. Lengan aku dah bengkak kemerah-merahan. Nak je aku cakap cucuk kat bontot.. Hahahaha... Kalau korang nak tau ni lah 1st time aku eksident. Ada sesetengah orang selalu sangat jatuh motor , luka sana luka sini sampai berparut-parut. Tapi aku tak pernah. Kulit badan aku ni bersih. Tak ada parut-parut bagai. Tapi sekali dah kena... Hambik ko.. Paha aku ni dah mcm lipan. Hahaha..


Pada 21 Nov aku di nobatkn sebagai graduan. aku konvo k utm skudai. huhuhu..konvo pkai wheelchair.. sedih woo..xdpt jmpe kwn2.. aku di tempatkan kt atas stage. so tk dpt duk bwh dgn mmbr.. abs konvo trus amk gmbr then baik.. smpt jmpe 4 org je mmbr aku, tu pun kt studio.. korg ley tgk gmbr aku mse konvo.. aku ada upload.. 11bulan ku terlantar kt umah. bertemankn kerusi roda dan tongkat yg setia bersama aku ketika aku nk bergerak. t.kasih kpd kwn2 yg pnh dtg melawat aku. T.kasih pd Lan, K.Im, Lia dan suaminya Hailree, K.Yana dan Hazuan, Faezah yg dtg pd hari pertama aku eksident, selang 2 jam slps aku masuk wad. menitik air mata aku mse diorg dtg. t.kasih gk kt Syuk yg dua minggu skali bwk aku p uma sewa dia. lepak2. sorong aku dgn kosi roda jln2 kt BP Mall n Square One Shopping Mall. t.kasih gak kt Intan, Fara, Mis Tai, Azfar n Daniel yg sudi dtg melawat kt rumah. dr 70 kg berat aku da naik 10 kg..so jd lah 80 kg. kwn2 sume kata aku tembam.. perut da kdepan. teringt masa Asri Daniel dtg melawat aku. time tu da sembilan bulan aku duk umah. dia pgang2 bahu n lengan aku. dia kata "knp abg gemuk sgt".. hahaha. pe tk nye. sendiri msk sendiri mkan. masak?.. haa.. jgn terkejot. walaupun aku berkosi roda tp aku still masak.. jeng jeng jeng.. so korg bayangkan lah mcmana aku msak, basuh baju, sapu lantai n mop lantai smbil menggunakan kosi roda. bayangkaaaann!!!!.. banyak baju2 aku dah tak muat.. ada yang aku dah bagi kat orang.. almaklumlah aku ni xde adik lelaki.. adik bradik lelaki angkat adalah.. so baju2 aku yang da tak muat bagi kat kawan2.. ni pun ada 3 helai lagi kemeja aku nak bagi kat member tempat keje aku sekarang nie.. satu helai bagi kat saufi.. dua helai lagi aku bagi Hafiz..





Ha!!.. skang ni aku da bkerja. da sbulan stengah aku kerja kt Parkson Square One Batu Pahat. Dept Customer Service. ak sbenarnya nk je balik kt tmpt lme aku,Pacfic.. tp dokt tk bg sbb kt pacific aku bkerja sbg promoter.. paham2 la kje promoter cmner.. angkt kotak berat2.. berdiri spenjang 1 ari bkerja. dokt tk bg aku wat kerja2 berat. siap watkn surat utk aku lg. so aku apply kje t parkson sbg custmer service supvisor. alhamdulillah dpt. inviroment baru. kwn2 baru dan joblist yg baru. xsme dgn kje promoter.. relaks je.. duduk. tp nk kne tau bnyk psl cmpny sbb ktorg yg kt CS ni adalah Parkson Spokeperson, kne sentiasa kne tahu info yg tepat dan pantas. plg nyampah klu nk layan kerenah customer yg mcm2 ragam. tp tu perkara biasa je. sbb aku ada 2thun pngalaman kerja kt pacific. da biase dh dgn kerenah custmer. yg pntg sentiasa senyum semanis yg boleh. agak2 xmanis sapu je dgn madu, gula melaka pun boleh pkai gak. bwahahaha.. Ujung blan lps iaitu sebulan lps kje aku timbang berat bdan.. da turun 2kg..huhuhu..syok woo.. skang ni plk bulan puasa. penghujung puasa aku nk tmbang berat bdan ak lg.. ntah bper kilo gaknye turun..rsenye lbh dr 2kg. sbb time buka aku tk mkn bnyk..almaklumlah buka kt tmpt kje. mkn pe yg ada je. tp best buka puasa ramai2. klu buka kt uma..huh!!!..ke laut la jwbnya aku, pantang dihidang. kompem aku sapu habis. almaklumla aku sorg je anak kt uma. adk2 aku sume duk jauh..blaja. ak jd anak tunggal.. hahaha... jgn mara ye dik.. xlme lg nk raya.. hope Ramadhan dan Syawal kali ni akn lbh bermakna lg. oh ya lpe nk bg tau. aku bwk nenek eku p fisiotherapy kt Putra Specialist Hosp. aku pun bua2l r dgn brader therapist tu psl aku eksident n aku ckp la yg aku rse aku berjalan mcm tempang sikit. then dia suh aku duk atas katil melunjur kaki. dia ukur kaki aku. dia kata pendek lbh krg stengah inchi.. hohoho.. time tu Tuhan je yg tau mcmana prasaan aku. tp aku redha.

Tu lh serba sdikit sjaraah idup aku yg paling besar berlaku dlm idop aku...

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.