Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan kita berpuasa. Sebut pasal puasa ni, banyak kenangan aku dari aku kecik sampai la aku da besar panjang kang nih. Maasa aku kecik dulu, umi aku cakap kitorang adik beradik montok-montok. pipi kembung, tegang. Almaklumlah banyak makanan. Aku ingat lagi masa zaman sekolah rendah. Kitorang kecik-kecik dah puasa. Untuk step pertama puasa setengah hari je. Kalau dapat penuh umi aku bagi 20sen. Huhuhu. Sahur lagi best. Dah macam sarapan pagi. Umi aku buat mee goreng lah, nasi goreng, cekodok, lempeng, gorengkan nugget, kentang dan macam-macam lagi lah, ala-ala sarapan pagi gitu. Hahahaha. Bestkan. Bila aku dah beranjak ke sekolah menengah dah mula belajar mkn nasi putih waktu sahur.
Bulan 6 2003 aku sambung belajar di YPJ JB. Tulah puasa pertama tanpa keluarga. Agak terseksalah jugak. Buka puasa apa yang ada. Sahur pun sama. Paling aku suka makan burger waktu sahur. Teringat kenangan pergi bazar dengan housemate BBU, Abe, Mizi, Angah, Badan, Ayed, Abg Eddy & Che Mat. Pergi Bazar kat Stadium Larkin dengan Azmi, Reza & Fauzi. Seronok jalan kaki ramai-ramai. Pastu buka ramai-ramai kat depan tv. Pernah skali aku tertidur lepas berbuka. Biasa lah penat study lepas tu perut pulak kenyang, hajat di hati nak duduk-duduk je kat sofa tu, tup-tup tertidur. Aku sedar-sedar dah pukul 8.20mlm. Yang lebih dahsyatnya bukan aku sorang tertidur, rupa-rupanya satu rumah tertidur. Kelakar betul waktu tu.
Lepas belajar ( Ogos 2007) aku keje kat Pacific Hypermarket. banyak juga kenangan berpuasa kat Pacific tu. Teringat kenangan berbuka puasa dengan Erni, Fara, Intan, Kak Ila, Kak Syam, Kak Ida, Ijal, Wawan, Man, Naz, Kak Ngah, Opie. Seronok sangat. tapi tu semua tinggal kenangan. Aku sekarang bekerja di Parkson. Puasa kat sini pun best jugak. Tapau makanan kat bazar ramadhan. Kadang-kadang tapaw makanan sendiri, kalau malas nak keluar aku oder dengan kawan-kawan. Hehehe...
Di kesempatan ini aku nak ucaapkan Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali diri ini. Halalkan makan dan minum aku selama ini. Andainya aku ada tersalah dan silap samada sengaja atau tidak mohon diampunkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI