Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Wednesday, April 20, 2011

MAD 8257

30 Mar 11

Rasanya korang dah tahu kenapa aku tak boleh bawak motor. Kalau tak tahu korang baca coretan aku yang mula-mula sekali dalam blog ni. Malas aku nak cerita lg. Penat dok menaip mende yang sama. Tajuknya Hari Ini Dalam Sejarah. So kenderaan yang aku ada cuma kereta Iswara Aeroback Putih. Kereta pertama yang dimiliki oleh keluarga aku. Actually kereta ni milik umi aku, tapi dek kerana aku trauma nak bawak motor maka umi suruh aku gunakan kereta tu untuk ke tempat kerja & merambu. Jadi ayah lah yang akan menghantar umi ke sekolah. Pernah jugak aku menyuarakan hasrat untuk beli kereta sendiri tp umi tak menggalakkan aku untuk beli kereta memandangkan gaji aku yang tidak seberapa dan aku pula dikelilingi dengan hutang pinjaman pelajaran melebihi RM10K. So aku turutkan aje apa yang umi cakap. Malas aku nak membantah nanti kualat bak kata org jawa.




So kira kereta ni separuh milik aku r.. Hahaha... Maksud aku disebabkan aku yang pakai kereta ni, so aku kenalah jaga kebersihan dan maintenance kereta ni. Setelah beberapa bulan kereta ni dalam jagaan aku. Aku dapati terdapat beberapa kerosakan yang perlu aku baiki. Antaranya aircond yg semakin tidak power. bukak sampai abis pun tak rasa angin langsung. Aku rasa gas dah habis. So aku pun pergi ke sebuah kedai aksesori kereta milik sepenuhnya bumiputera (kompom la muslim) bernama SNR Car Air-Cond Services & Accessories kat Parit Raja. Cek punya cek bukan masalah gas. Tapi masalah saluran air-cond tu. Ada 3 benda yg rosak, compressor, dryer & evaporator. Ada jugak beberapa benda aku tukar, mentol dan apa lagi entah, aku pun lupa. Lama jugak aku menakung kat situ tunggu diorg siapkan. Dekat 3 jam r. Paling aku terkejut ada sorg budak baru tu blow bawah aircond tu dengan vacuum cleaner, bersembur serpihan kaca keluar. tu semua serpihan kaca masa cermin kereta ni pecah kt JBb bulan November 2009. Pi JB tu pun sebab nak ambik jubah konvo aku kat UTM Skudai. Punyalah lama serpihan kaca tu tersimpan. Nasib baik tak ada serpihan kaca yang keluar dari lubang aircond sepanjang aircond dihidupkan sebelum ni.


November 2009. cermin kereta aku pecah. Yg tu adik aku.
   
Evaporator. Yang kiri tu yang lama. Berkeladak ko.









Si Faizal tengah setup evaporator.




Dryer. Kena tukar jugak sebab yang lama tu ada leakage (kebocoran). Lubang kaca kecik kat atas tu untuk tengok kandungan gas aircond. kalau jernih means gas mencukupi. kaalu berbuih-buih means gas dah nak habis.
Bukan kereta aku. Aku google pix ni. Budak tu blow dari bawah tu smapai la serpihan kaca tu terkeluar.
Serpihan kaca tu keluar dari lubang aircond kat hujung cermin tu. Nampak tak??..
Compresor. Mula-mula aku tak nak tukar menatang ni. Tapi Kak Mar (otai SNR Pt Raja) kata better tukar sebab mende ni pun ada leakage jugak. Klu nak tukar kemudian boleh tapi sistem akan rosak la. Sebab dah pasang evaporator & dryer baru tp compresor masalah. So sistem aircond yang baru tu akan kotor. Nak tak nak terpaksa tukar jugak.





















































































Car Airconditioning System
RM830
Gedebak gedebuk RM830. Tapi puas hati. Aircond sejuk gila. Rase nak balut dengan selimut je sambil drive. Thanks SNR Team.

Car Audio

7 Januari 11

Aku ni jenis yang suka dengar music dan aku amat teruja dengan sesuatu yang berkaitan dengan audio sistem, tak kira la samada dirumah, bilik tidur atau pun kereta. Kereta aku ni radionya boleh dikatakan di tahap sewel. Hahaha... Original punya radio. Kira sejak dari beli kereta ni memang tak pernah tukar radio langsung. Penyakit kat radio ni ialah akan keluar bunyi bising apabila kereta aku bergegar, maksud aku kalau terlanggar lubang ke, zebra line ke atau apa-apa je mende yang menyebabkan gegaran. Speaker pun dah pecah. So aku decide nak tukar radio baru. Aku pun menjejakkn kaki ke sebuah kedai aksessori kereta di Parit Raja SNR Car Air-Cond Services & Accessories. Hak milik bumiputera sepenuhnya. Waahh!!... Gah gitu bunyinya. Hehehe..
Datang-datang je aku terus disambut dengan meriah, berdendangkan paluan kompang dan diiringi dengan bunga manggar. Eh!!..mabuk apa. Hehehe. Person incharge kt situ, Mak Ani, Kak Mar, Man & Bob. Ada lagi tiga empat orang yang aku tak tahu nama masing-masing. Aku ni memang tak tahu apa-apa bab-bab kereta. Jujur aku bg tau kt Bob tu. So dia suggestkan CD, USB Player Kenwood, speaker belakang jenis JBL 6"x9" Papan Speker, & Tweeter Kicker. Lebih kurang 1 jam setengah siap. Sume pekerja diorg (6 orang) kerjakan kereta aku sebab time tu tak ada kereta lain, cuma kereta aku je. Memang puas hati. Cayalah Bob. Terbaik ko pilihkn untuk aku. Memang best radio ni. Boleh setting nak tweeter lebih ke, bass lebih ke. Nak ballance kan pun boleh. Nak lebihkan bunyi sebelah belakang ke, nak lebihkan sebelah depan ke. Memang best.
CD, USB, Player Kendwood. Model KDC-U446



Speaker Board


JBL 6"x9" Speaker


Tweeter


Total RM950
 Kopak aku. Hahaha...