Rasanya korang dah tahu kenapa aku tak boleh bawak motor. Kalau tak tahu korang baca coretan aku yang mula-mula sekali dalam blog ni. Malas aku nak cerita lg. Penat dok menaip mende yang sama. Tajuknya Hari Ini Dalam Sejarah. So kenderaan yang aku ada cuma kereta Iswara Aeroback Putih. Kereta pertama yang dimiliki oleh keluarga aku. Actually kereta ni milik umi aku, tapi dek kerana aku trauma nak bawak motor maka umi suruh aku gunakan kereta tu untuk ke tempat kerja & merambu. Jadi ayah lah yang akan menghantar umi ke sekolah. Pernah jugak aku menyuarakan hasrat untuk beli kereta sendiri tp umi tak menggalakkan aku untuk beli kereta memandangkan gaji aku yang tidak seberapa dan aku pula dikelilingi dengan hutang pinjaman pelajaran melebihi RM10K. So aku turutkan aje apa yang umi cakap. Malas aku nak membantah nanti kualat bak kata org jawa.
So kira kereta ni separuh milik aku r.. Hahaha... Maksud aku disebabkan aku yang pakai kereta ni, so aku kenalah jaga kebersihan dan maintenance kereta ni. Setelah beberapa bulan kereta ni dalam jagaan aku. Aku dapati terdapat beberapa kerosakan yang perlu aku baiki. Antaranya aircond yg semakin tidak power. bukak sampai abis pun tak rasa angin langsung. Aku rasa gas dah habis. So aku pun pergi ke sebuah kedai aksesori kereta milik sepenuhnya bumiputera (kompom la muslim) bernama SNR Car Air-Cond Services & Accessories kat Parit Raja. Cek punya cek bukan masalah gas. Tapi masalah saluran air-cond tu. Ada 3 benda yg rosak, compressor, dryer & evaporator. Ada jugak beberapa benda aku tukar, mentol dan apa lagi entah, aku pun lupa. Lama jugak aku menakung kat situ tunggu diorg siapkan. Dekat 3 jam r. Paling aku terkejut ada sorg budak baru tu blow bawah aircond tu dengan vacuum cleaner, bersembur serpihan kaca keluar. tu semua serpihan kaca masa cermin kereta ni pecah kt JBb bulan November 2009. Pi JB tu pun sebab nak ambik jubah konvo aku kat UTM Skudai. Punyalah lama serpihan kaca tu tersimpan. Nasib baik tak ada serpihan kaca yang keluar dari lubang aircond sepanjang aircond dihidupkan sebelum ni.
![]() |
November 2009. cermin kereta aku pecah. Yg tu adik aku. |
![]() |
Evaporator. Yang kiri tu yang lama. Berkeladak ko. |
Si Faizal tengah setup evaporator. |
![]() |
Bukan kereta aku. Aku google pix ni. Budak tu blow dari bawah tu smapai la serpihan kaca tu terkeluar. |
Serpihan kaca tu keluar dari lubang aircond kat hujung cermin tu. Nampak tak??.. |
![]() |
Car Airconditioning System |
RM830 |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.