Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Thursday, June 30, 2011

Apabila Al-Wafi mula bersuara


Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan aku menjadi pelajar INSEP UTHM yg sangat aku banggakan. Klik http://qabilwafi.blogspot.com/2011/06/uthm.html untuk maklumat lanjut. 
Yang pasal OSH tu kan. Aku tak tahu la dapat tukar ke tak. Aku tgk CEC mcm tk ambil kesah je. Masa ak mohon INSEP ni mmg ku pilih OSH sebagai pilihan pertama, pilihan ke-2 aku Tek. Bin. Bangunan. Sampai surat darr UTHM aku dah bersorak dah. Bukak je anvelop ak tgk pengajian yg ditawarkan adalah Tek. Bin. Bangunan. Time tu memang ak down. Tp aku tak putus asa. Aku terus call CEC, the Pn Noraizah suruh aku daftar je. Untuk penukaran coure tu akan diuruskan salepas aku daftar nanti. 

So, masa hari pertama daftar waktu habis slot tengahari aku terus jumpa Pn Noraizah kat depan stage kat blok F2 tu. Aku tanya pasal status aku tu, then Pn Noraizah cakap, kena tunggu sampai bulan 7. Bulan 7 baru dapat kputusan sebab sepanjang bulan 6 ni kami dibawah CEC, means kami harus mengikuti program-program yang dianjurkan di bawah CEC. Bulan 7 baru start P&P. Hari Jumaat (hari terakhir program Interperonel Skills) student course OSH kena stay kat dewan selepas habis program tu. Selepas dari tu Faris soh aku tnye kat Pn Noraizah sebab P&P da nak mula. Aku pun tanya Pn Noraizah, then Pn. Noraizah bagi aku no fone Major Khairul. Ak pun terus call. Major kata dia boleh nak amik aku tapi aku kena dapatkan kebenaran dari penyelaras Tek. Bin. Bangunan (Cik Mat), dia takut dituduh mencuri pelajar (betul jugak tu). Aku pun call Cik Mat. Aku bagi tau situasi sebenar aku kenapa aku nak tukar course. So esoknya (Sabtu 26 Jun 2011)) aku jumpa dia kat Kelab Golf Batu Pahat untuk tunjukkn kat dia medical report aku. Lepas dia baca medical report aku dia pun bersetuju untuk lepaskan aku. Jam tu jugak aku call Pn Noraizah bagi tau perkhabaran gembira ini.hahaha... Then Pn Noraizah kata nanti dia ubah data aku dalam system. Masa team building (26-29 Jun 2011- Pusat Latihan Felcra Tebing Tinggi Segamat) Aku tergerak hati nk tanye Pn Noraizah pasal kes aku tu, tapi aku fikir-fikir balik, tak pelah. mst diorg busy handle programme Teambuilding ni. Lagipun diorang urusetia untuk program ni. Lagi aku bagi tau dia hari sabtu haritu. Ahad pagi dah bergerak ke Segamat, mestila dia belum buat apa-apa lagi psl kes aku tu. So aku hold niat aku tu sampai ke harini.

Ptg (Khamis 31 Jun 2011) tadi aku submit assignment Enterpreneurship, so alang-alang dah kt CEC tu aku terus tanya kt Pn Noraizah pasal hal tu, then Pn Noraizah kata Major Khairul mahukan black & white di antara pihak OSH & Tek Bin Bangunan, Pn Noraizah suruh aku call Cik Mat. Tapi serious memang aku hangin time tu. Kalau aku tak tanya sumpah aku tak tahu hal tu. Ada ke patut dia suruh aku call Cik Mat. Aku dah rasa macam aku ni staff CEC pulak. Ak tengok CEC macam ambil mudah je pasal permohonan aku tu. Aku nekad kalau P&P dah bermula tapa course aku masih tak ditukar atau tak boleh ditukar sedangkan aku sentiasa remind CEC (since sebelum daftar lagi) aku nekad berhenti. Aku nak mohon kursus 22hari kat NIOSH tu. Biarla walau berbayar, tp aku dpt apa yg aku nak. Dapat sijil lepas tu mohon Safety Officer. Boleh bagi ceramah kat mana-mana, dapat jugak side income.Yang paling aku sakit hati, ada sorg Cik tu mempertikaikan aku, dia cakap entah-entah aku saja-saja je nak tukar, aku jadikan masalah kesihatan aku tu sebagai alasan. Demam sikit tak boleh join night walk  (masa Teambuilding haritu) la ini lah. Hello!!.. aku tahu la kekuatan & kelemahan aku. Takde sapa boleh mempetikaikan. Yang demam aku, katakanla aku join night walk time tu, dibuatnya aku pengsan atau pitam, yang susah urusetia jugak.  Kang nanti salahkn aku pulak sebab paksa diri, yang susah diorg jugak. So ak ambil langkah ank susahkan diorg. Dah nama pun demam, mana boleh kena embun. Kem Comanden Tn. Hj. Mokhatar sendiri yang kata aku tak payah join night walk tu. Pasal masalah keksihatan aku ni. Aku sebenarnya eksiden pd 17 ogos 2009. Klik http://qabilwafi.blogspot.com/2010/08/hari-ini-dalam-sejarah.html untuk maklumat tambahan. So dalam paha aku tu masih ada besi & doktor tak bagi aku buat kerja yang terlalu lasak sebab kecederaan akan lebih parah kalau kaki aku patah skali lagi sbb ada besi dlm tu. Surat dari doktor yang menyatakan aku tak boleh buat kerja berat pun aku dah bagi kat CEC. Sebab tu aku nak amik OSH tu & aku sangat bengang bila Cik tu mempertikaikan aku, sebab dia kata kalau aku amik OSH nanti nak kena angkat orang la itu la ini la. Itu perkara kemudian. Yg penting aku nk belajar OSH ni, aku minat. Buat apa aku belajar benda yang aku tak minat. Safety officer tak semestinya kena angkat orang. Aku boleh bagi ceramah (jangka masa panjang nanti), mcm En. Aidil Adha tu, betul tak?.. Beliau adalah penceramah untuk slot Occpational, Safety & Helth pada minggu pertama aku di INSEP. Sangat seronok tengok dia beri ceramah. One day i wanna be like him. I swear.

So lepas submit assignment tu aku pun call Cik Mat, tapi tak dapat. Bnyk kali aku call pun tak dapat jugak. Lastly aku sms dia apa yang patut. Maghrib tadi dia call aku, dia ckp dia ada meeting kat Caterina Hotel tadi, fone pulak low battery. Isnin depan aku kena jumpa dia, nanti dia bagi surat tu. Alhamdulillah lega.Semoga semuanya berjalaan lancar dan impian aku akan menjadi kenyataan. Amiinn...

Ha!!..tu kalau si Wafi fikir dari sudut negatif. Macam-macam yang dihamburkan. Tapi macmana pulak kalau si Wafi fikir dari sudut positif, apa pulak yang akan ditulis. Fikir-fikirkan...

Thursday, June 23, 2011

Tips Keyakinan Diri dari En. Zainudin B. Ali

1. Anggap diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain. Tiada yang kurang tiada   yang lebihnya.

2. Kalau orang lain boleh buat kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa yang orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

3. Baiki apa sahaja kekurangan & kelemahan yang ada pada diri anda. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

4. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani.

5. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan!!.. Tonjol diri anda.

http://www.facebook.com/profile.php?id=1801971165

Monday, June 6, 2011

Shopping!!..

Petang tadi aku pergi  Square One Shopping Mall. Hajat di hati nak beli kasut baru & nak karaoke dgn Dinie. Tapi Dinie cuma sempat temankan aku beli kasut je.

BATA Shoes
Beli kat BATA Carrefour. RM69.90. Dinie yang pilihkan. Nampak macam brader brader katernya. Aku pun apa lagi, kebas lah, kasut lawa, ringan je masa pakai, harga murah, BATA pulak kualiti memang ok. Pandai Dinie pilihkan kasut untuk aku. Cayalah. Lepas bayar aku terus pkai kasut tu jam tu jugak. Terbeliak mata auntie tu. Dinie ketawa je. Pijak karang baru tau. Abg pkai kasut baru ni, tapak keras lagi taw. Karang berbekas pulak ponggong tu.. hahaah.. Jangan marah ye Dinie..

Siap beli kasut, Dinie nak blah pulak. Terpaksa tinggalkan aku, nak jumpa kawan dia dari Tangkak kat Hamid Corner, so terpaksa lah aku karoke sorang-sorang. Frust la jugak. Tiga lagu aku ambik. Lagu Anuar Zain - Semua Untukmu, Ungu - Disini Untukmu & Samsons - Akhir Rasa Ini. Lagu yang paling baik aku deliver lagu Anuar Zain dengan Ungu. Sempat record kt fone. Tapi aku tak dengar lagi. Seram pulak nak dengar suara sendiri walaupun Ru Jimbo kata suara aku sedap time skype dengan dia tadi.


Parkson baru je habis buat Warehouse Sale. Bermula 27 May sampai 5 Jun. So aku pun mengambil kesempatan untuk membeli beberapa helai baju.


Budweiser T-Shirts
Antara baju yang aku beli adalah ini. Cantikkan. Sapa lagi yang pilihkan kalau bukan Dinie. Harga murah je. RM 29.80. Murah kan. Aku pakai baju ni time beli kasut dengan Dinie. Dia sampai terlupa nak cakap baju ni kena dgn aku sebab kelam kabut kuar rehat & nak kejar masa nak jumpa dengan kawan dia kat Hamid corner tu. Tapi dia sempat text aku, dia kata " Sangat cantik, kena dgn badan abg..haha.smpai lupa nak ckp td". "Nak wat cmner, dah mmg sye yg pilih. crdt utk saya..hahaha". Sempat lagi budak ni puji diri sndiri. Huhuhu.. Thanks Dinie. Lepas ni kalau aku ada nak shopping apa-apa aku nak ajak dia lah. Pandai jugak budak ni melaram. Selain baju ni ada jugak tiga helai kemeja lengan panjang aku beli, brand Pierre Cardin, Casserini & Paul Smith.
Paul Smith (fake jer)

Kemeja Paul Smith yang paling cantik & smart bila aku pakai, Dinie yang pilihkan. Well Dinie again. Fake je, bukan original. Tak mampu nak beli Paul Smith yang ori.  Bukan beli kat Warehouse Parkson, tapi beli kat Butik He & She, kat Square One Mall jugak.Baju ni aku pakai dua kali. kali pertama masa pesentation untuk subjek Enterpreneurship (keusahawanan), kali kedua masa Interpersonel Skill Programme yang diadakan selama lima hari. Pada hari keempat pelajar-pelajar INSEP diwajibkan memakai pakaian formal (office wear) terutama lelaki, so aku decide nak pakai baju ni sekali lagi. Ada bnyk kriteria yang dititik beratkan, antaranya pemadanan warna, pemadanan fesyen dengan profession yg akan diceburi, aksessori, kasut, stail rambut. 20 org pemenang akn dipilih, 10 org lelaki dan 10 org perempuan. Yang paling best adalah aku antara 10 jejaka paling kacak itu. Wow!!!.. masuk bakul angkat sendiri. Hahaha..tak sangka aku menang. Credit sekali lagi untuk Dinie.


Casserini Shirts
Kemeja Pierre Cardin & Casserini tu aku beli kat Warehouse Sale, baju Pierre Cardin yang paling tak cantik, Cutting besar, kain & corak je cantik. Mahal pulak tu. Rugi betol. Kemeja Casserini tu ok. Tu pun Dinie jugak yang pilihkan. Dinie lagi. Well.. he's the best. Terbaik r Dinie. Gua sayang sama lu.

UTHM

 
Sepanjang 26 tahun aku duduk kat Batu Pahat, aku cuma lalu je depan UTHM sebagai penduduk tempatan, tak pernah terfikir yang aku akan masuk ke UTHM. Tapi harini aku adalah Pelajar UTHM. Serious, memang aku rasa seronok + bangga + mcm tak percaya pun ada. Tak boleh nak digambarkan macamana perasaan aku sekarang. 
Sebulan yang lepas aku apply kursus INSEP di UTHM dibawah CEC. INSEP tu bermaksud Industrial Skill Enhancement Programe atau dalam bahasa Melayu Program Peningkatan Kemahiran Industri, iaitu satu program latihan semula graduan lepasan ijazah/diploma yang sedang menganggur untuk menambah nilai kemahiran sedia  ada supaya dapat membantu mereka meningkatkan kebolehankerjaan graduan, terutamanya industri. Program INSEP ini ditaja  dan diselaraskan oleh Kementrian Kewangan Malaysia yang bertujuan untuk membantu para graduan mempersiapkan diri bagi mengatasi kekurangan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Secara ringkasnya program ini memberi nilai tambah kepada ijazah/diploma yang sedia ada, dan yang paling best pelajar akan dianugerahkan Diploma Executive. Sound like great.
Terdapat 13 program yang ditawarkan di bawah 5 fakulti dan aku adalah dibawah Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar (FKAAS) dalam program Teknologi Pembinaan Bangunan. Masa aku apply tu, ada dua pilihan yang aku letak. Pilihan pertama aku Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) dan pilihan ke-2 aku adalah Teknologi Pembinaan Bangunan. So aku dapat Teknologi Pembinaan Bangunan. So sad. Aku mengharap sangat dapat OSH. Sekarang ni dalam proses untuk tukar program, aku tetap nak ambik OSH. Bulan tujuh baru dapat tahu keputusan.

So harini cuma pendaftaran je. Berdebar jugak la aku sepanjang harini. Yela..tak ada sapa-sapa yang aku kenal. So masa tengah beratur untuk mendaftar tu, aku ternampak seseorang yang aku sangat kenal. Diana, bekas staff Parkson. Diana dulu adalah Asst Supervisor Electrical & DIY Dept, kira orang kuat Mansur la. Tak lama dia kat dept tu. Then dia pindah ke Dept Personnel (HR). Adala dua tiga bulan dia kerja, then berhenti. Tup-tup terserempak kat sini. Tak sangka betul. Sempat la berbual kejap, aku pun lupa program apa dia ambik. 
Lepas aku siap daftar terus aku amik tenpat untuk duduk, takkan nak berdiri je kan. Lama jugak aku duduk, ada la dekat setengah jam. Aku cuba carik WiFi, dapat, tapi nak kena register dengan UTHM dulu. Adoiyai.. Tak lama lepastu datang sorang mamat ni duduk sebelah aku. Lepas bersalaman terus kenalkan diri. Aizuddin namanya, dia di bawah program Rekabentuk Produk Kejuruteraan. Aku pun tak tahu pemende tu. Sempat la bertukar-tukar phone number. Senang nak contact kalau ada apa-apa hal. 
Pukul 10.30 dah start majlis. bermula dengan ucapan aluan oleh Pengarah CEC, Prof. Madya Dr. Berhannudin B Mohd Saleh, lepas tu taklimat INSEP oleh Ketua Jabatan CEC, Prof. Madya Dr. Hj Mohd Yusop B Abd Hadi. Seterusnya taklimat Perpustakaan, Kesihatan. Lepas makan tengahari akan diadakan taklimat penginapan tapi aku tak terlibat sebab aku duduk luar. Tak duduk hostel. Memang aku tak nak duduk hostel pun. Esok hari ke-2 aku kt UTHM. Entah apa yg akan berlaku pun aku tak tahu. Tengok jelah. Tungguu....!!!!..
Sebaranag maklumat lanjut sila klik http://cec.uthm.edu.my/menuinsep.html

Thursday, June 2, 2011

Pasar Malam Taman Universiti, Parit Raja

















Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke pasar malam kat bandar U Pt Raja sebab selama ni offday aku hari Selasa dengan Jumaat, kali ni aku dapat hari Isnin dengan Rabu (sangat tak best). Pasar malam kat Bandar U ni setiap hari Rabu. So adik & mak aku ajak aku ke sana, nak beli sayur katernya.





Sibuk memilih.entah apa yang dipilih entah.

Timun, lobak, lada hijau, tempe & tomato.


















Benda pertama yang dibeli adalah sayur-sayuran. Entah berapa ringgit pun aku tak tahu. Dalam banyak-banyak sayur tu yang favourite aku cuma tempe je. Hehehe...



Buah Laici



Perjalanan diteruskan hinggalah emergency break kat stall buah. Adik aku nak beli buah laici. Harga pun aku tak ingat, excited amik gambor. Sedap gak buah ni. Tapi aku sempat makan 1 biji je. Sedihh!!!....



















Perjalanan masih lagi diteruskan, aku nak jalan sampai ke hujung, nak tengok apa yang ada kat pasar malam Taman U. Sampai hujung dah tak ada apa yang menarik yang aku nak tengok. Adik aku ajak patah balik. Nak cari siput. Dalam kepala aku dah terbayang siput masak sambal yang adik aku selalu masak tu. Fuh!!.. Terangkat...










Stall Ayam Rangka



Jalan punya jalan tetiba berhenti kat satu stall favourite adik aku. Stall rangka ayam. Adik aku ni kalau dah hadap ayam rangka, aku kat sebelah dia pun dia tak nampak. Aku tak minat sangat dengan rangka ayam  ni, makan sikit je kepala aku dah pening, mual, nak muntah. Banyak minyak kot. Kalau satay memang favourite aku. Aku paling suka makan satay dengan nasi. Mantap woo..



Mochachino Ice Blended


Rasanya dah tak ada yang nak dibeli lagi, so kitorang decide nak balik je. Tapi tetiba aku terpegun dengan sesuatu yang amat menyelerakan. Tak tau apa nama mende ni. Tak sempat nak ingt nama iceblended ni. Tapi sangat sedap. Aku amik flavour mochachino. Boleh tahan r. RM2 secawan.











Nak tau tak. McDonald's dah nak bukak, kat Bandar Universiti Parit Raja. Kira outlet McD yang pertama kat Parit Raja. Cantik pulak tu. Aku suka warna dia. Nampak ada kelas. Siap je McD ni aku nak masuk. Mesti cantik decoration dia. KFC dah ada, McD pun dah ada, PizzaHut je yang belum ada kt Parit Raja ni. Makin lama makin maju pekan Parit Raja ni. UTHM pun makin besar sekarang, dah tambah bangunan baru. Tengok je la nanti.