Petang tadi aku pergi Square One Shopping Mall. Hajat di hati nak beli kasut baru & nak karaoke dgn Dinie. Tapi Dinie cuma sempat temankan aku beli kasut je.
 |
BATA Shoes |
Beli kat BATA Carrefour. RM69.90. Dinie yang pilihkan. Nampak macam brader brader katernya. Aku pun apa lagi, kebas lah, kasut lawa, ringan je masa pakai, harga murah, BATA pulak kualiti memang ok. Pandai Dinie pilihkan kasut untuk aku. Cayalah. Lepas bayar aku terus pkai kasut tu jam tu jugak. Terbeliak mata auntie tu. Dinie ketawa je. Pijak karang baru tau. Abg pkai kasut baru ni, tapak keras lagi taw. Karang berbekas pulak ponggong tu.. hahaah.. Jangan marah ye Dinie..
Siap beli kasut, Dinie nak blah pulak. Terpaksa tinggalkan aku, nak jumpa kawan dia dari Tangkak kat Hamid Corner, so terpaksa lah aku karoke sorang-sorang. Frust la jugak. Tiga lagu aku ambik. Lagu Anuar Zain - Semua Untukmu, Ungu - Disini Untukmu & Samsons - Akhir Rasa Ini. Lagu yang paling baik aku deliver lagu Anuar Zain dengan Ungu. Sempat record kt fone. Tapi aku tak dengar lagi. Seram pulak nak dengar suara sendiri walaupun Ru Jimbo kata suara aku sedap time skype dengan dia tadi.
Parkson baru je habis buat Warehouse Sale. Bermula 27 May sampai 5 Jun. So aku pun mengambil kesempatan untuk membeli beberapa helai baju.
 |
Budweiser T-Shirts |
Antara baju yang aku beli adalah ini. Cantikkan. Sapa lagi yang pilihkan kalau bukan Dinie. Harga murah je. RM 29.80. Murah kan. Aku pakai baju ni time beli kasut dengan Dinie. Dia sampai terlupa nak cakap baju ni kena dgn aku sebab kelam kabut kuar rehat & nak kejar masa nak jumpa dengan kawan dia kat Hamid corner tu. Tapi dia sempat text aku, dia kata
" Sangat cantik, kena dgn badan abg..haha.smpai lupa nak ckp td". "Nak wat cmner, dah mmg sye yg pilih. crdt utk saya..hahaha". Sempat lagi budak ni puji diri sndiri. Huhuhu.. Thanks Dinie. Lepas ni kalau aku ada nak shopping apa-apa aku nak ajak dia lah. Pandai jugak budak ni melaram. Selain baju ni ada jugak tiga helai kemeja lengan panjang aku beli, brand Pierre Cardin, Casserini & Paul Smith.
 |
Paul Smith (fake jer) |
Kemeja Paul Smith yang paling cantik & smart bila aku pakai, Dinie yang pilihkan. Well Dinie again. Fake je, bukan original. Tak mampu nak beli Paul Smith yang ori. Bukan beli kat Warehouse Parkson, tapi beli kat Butik He & She, kat Square One Mall jugak.Baju ni aku pakai dua kali. kali pertama masa pesentation untuk subjek Enterpreneurship (keusahawanan), kali kedua masa Interpersonel Skill Programme yang diadakan selama lima hari. Pada hari keempat pelajar-pelajar INSEP diwajibkan memakai pakaian formal (office wear) terutama lelaki, so aku decide nak pakai baju ni sekali lagi. Ada bnyk kriteria yang dititik beratkan, antaranya pemadanan warna, pemadanan fesyen dengan profession yg akan diceburi, aksessori, kasut, stail rambut. 20 org pemenang akn dipilih, 10 org lelaki dan 10 org perempuan. Yang paling best adalah aku antara 10 jejaka paling kacak itu. Wow!!!.. masuk bakul angkat sendiri. Hahaha..tak sangka aku menang. Credit sekali lagi untuk Dinie.
 |
Casserini Shirts |
Kemeja Pierre Cardin & Casserini tu aku beli kat Warehouse Sale, baju Pierre Cardin yang paling tak cantik, Cutting besar, kain & corak je cantik. Mahal pulak tu. Rugi betol. Kemeja Casserini tu ok. Tu pun Dinie jugak yang pilihkan. Dinie lagi. Well.. he's the best. Terbaik r Dinie. Gua sayang sama lu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.