Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke pasar malam kat bandar U Pt Raja sebab selama ni offday aku hari Selasa dengan Jumaat, kali ni aku dapat hari Isnin dengan Rabu (sangat tak best). Pasar malam kat Bandar U ni setiap hari Rabu. So adik & mak aku ajak aku ke sana, nak beli sayur katernya.
Sibuk memilih.entah apa yang dipilih entah. |
Timun, lobak, lada hijau, tempe & tomato. |
Benda pertama yang dibeli adalah sayur-sayuran. Entah berapa ringgit pun aku tak tahu. Dalam banyak-banyak sayur tu yang favourite aku cuma tempe je. Hehehe...
Buah Laici |
Perjalanan diteruskan hinggalah emergency break kat stall buah. Adik aku nak beli buah laici. Harga pun aku tak ingat, excited amik gambor. Sedap gak buah ni. Tapi aku sempat makan 1 biji je. Sedihh!!!....
Perjalanan masih lagi diteruskan, aku nak jalan sampai ke hujung, nak tengok apa yang ada kat pasar malam Taman U. Sampai hujung dah tak ada apa yang menarik yang aku nak tengok. Adik aku ajak patah balik. Nak cari siput. Dalam kepala aku dah terbayang siput masak sambal yang adik aku selalu masak tu. Fuh!!.. Terangkat...
Stall Ayam Rangka |
Jalan punya jalan tetiba berhenti kat satu stall favourite adik aku. Stall rangka ayam. Adik aku ni kalau dah hadap ayam rangka, aku kat sebelah dia pun dia tak nampak. Aku tak minat sangat dengan rangka ayam ni, makan sikit je kepala aku dah pening, mual, nak muntah. Banyak minyak kot. Kalau satay memang favourite aku. Aku paling suka makan satay dengan nasi. Mantap woo..
Mochachino Ice Blended |
Rasanya dah tak ada yang nak dibeli lagi, so kitorang decide nak balik je. Tapi tetiba aku terpegun dengan sesuatu yang amat menyelerakan. Tak tau apa nama mende ni. Tak sempat nak ingt nama iceblended ni. Tapi sangat sedap. Aku amik flavour mochachino. Boleh tahan r. RM2 secawan.
Nak tau tak. McDonald's dah nak bukak, kat Bandar Universiti Parit Raja. Kira outlet McD yang pertama kat Parit Raja. Cantik pulak tu. Aku suka warna dia. Nampak ada kelas. Siap je McD ni aku nak masuk. Mesti cantik decoration dia. KFC dah ada, McD pun dah ada, PizzaHut je yang belum ada kt Parit Raja ni. Makin lama makin maju pekan Parit Raja ni. UTHM pun makin besar sekarang, dah tambah bangunan baru. Tengok je la nanti.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.