Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Monday, July 11, 2011

External Hard Disk

Semalam (Ahad 10 Julai 2011) aku & Khair plan nk p tgk wayang citer Transformer kt BP Mall kol 5.45. Kul 5.30 dah terpacak kat depan wayang, tapi malangnya tiket untuk tayangan pukul 5.45 hampir penuh. Bayangkan, yang kosong hanya kerusi barisan hadapan je. Dahsyat giler. So terpaksalah postponed ke tarikh yang akan ditetapkan nanti. Hampalah juga.
Buffalo 500GB Mini Station Hard Disk RM169.

Tujuan aku nak ke BP Mall bukan nak tengok wayang semata-mata tapi aku nak survey DSLR kat kedai Charlie & nak beli external hard disk kat kedai All IT. Bila dah kecewa dek wayang kami terus gerak pi Charlie, macam-macam dslr ada. Takpe-takpe, 1 hari nanti aku akan datang beli. Then we move to All IT shop. Akhirnya dapat jugak menda yang aku nak beli. Aku terpaksa beli mende ni memandangkan segala document, lagu-lagu, gambar-gambar & video-video aku tu dah berlambak & hampir memenuhkan hard disk laptop mak aku. Mak aku pun dah berbunyi. Dengan rasa beratnya terpaksalah aku laburkan RM169 untuk hard disk & casing RM15. Ingatkan casing free. Hampeh!!. So Total RM184. Ggggrrr!!!.. Tapi takpelah. Bukannya aku beli mende tak berfaedah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.