Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Wednesday, July 20, 2011

PnP Bermula; Rebar For Stump

Isnin 18 Jul 2011

Harini kerja-kerja membengkok besi jugak, Tapi untuk buat stump pulak. Aktiviti ini terbahagi kepada dua. Yang pertama memotong & membengkok besi Y12, kaedahnya sama seperti memotong dan membengkok besi untuk pile cap. Perbezaannya cuma pada link sahaja. Link ini adalah sejenis besi yang dibengkokkan membentuk segiempat berukuran tertentu, ia berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan besi utama atau lebih dikenali main bar iaitu Y12, besi yang kami gunakan untuk link adalah besi jenis R8.



Terdapat dua kaedah yang kami gunakan untuk membengkok besi link itu, yang pertama kami gunakan mesen khas yang bernama Strrup Bending Machine.





Yang kedua kami gunakan kaedah manual. Kaedah ini pada aku sangat mudah sebab kalau terlajak bengkok boleh repair balik. Hehehe...



Lepas tu apa lagi. Sambung dan ikat lah.







Rebar for stump yang dah siap dah. Benda ni nanti kena letak kat atas tetulang pile cap sebelum di pasang acuan dan di tuangkan konkrit.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.