Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Tuesday, July 5, 2011

Ramadhan Kembali

Dalam diam lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut bulan puasa, bulan Ramadhan Al-mubaraq. bulan yang penuh mulia. Bulan di mana semua umat Islam akan berpuasa selama satu bulan sebelum menyambut hari kebesaran mereka iaitu hari Raya Aidilfitri.

Secara jujurnya pada hari ini sewaktu aku sedang memandu bersendirian dari Parit Sulong ke Sri Gading, tiba-tiba aku rasa seperti tidak sabar untuk menunggu ketibaan bulan Syawal yang akan disambut pada awal bulan Julai. Aku tidak pasti kenapa. Aku seolah-olah sudah merasakan aura Ramadhan pada ketika itu. Mungkin kerana pada tahun ini aku akan menyambut Ramadhan & Syawal sepenuhnya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat seperti empat tahun lalu. Mungkin juga. Yelah. Sebelum ni aku berpuasa dan berbuka di tempat kerja. Dua kali di Pacific Hypermarket  (2007 & 2008), kenangan berpuasa dan berhari raya yang tak dapat dilupakan. Tahun 2009 aku berpuasa dan berbuka di rumah sepenuhnya, tapi aku terlantar sakit ketika tu, eksident patah kaki, so tak tak dapat menikmati Ramadhan & Syawal sepenuhnya. 2010 aku berpuasa dan berhari raya di Parkson. Dapat cuti pada raya pertama je hari raya ke-2 dah kena naik kerja lengkap berbaju Melayu, sangat best. Satu kenangan dan pengalaman baru yang indah. Pada tahun ini 2011 aku akan berpuasa, berbuka & menyambut hari raya aidilfiri dengan sepuas-puasnya. Tak dapat ku gambarkan bagaimana perasaan aku sekarang ni. Aku nak beraya ke rumah kawan-kawan, adik-adik angkat aku dan saudara mara yaang dah lama tak ziarah.

Aku rindu saat berpuasa & berhari raya pada zaman sekolah. Banyak sangat kenangan indah. paling best tiap kali sahur, umi maak ala-ala sarapan pagi. Cekodok adda, nasi goreng ada, mee goreng ada, mee hoon goreng ada, pisang goreng ada. Memang berseleralah. Nasi putih tu memang aku tak pandang la. Tapi lama kelamaan, apabila aku makin besar aku dah pandai telan nasi putih waktu sahur.

Apabila raya makin dekat umi aku & Mak Ngah aku dah sibuk buat persediaan kuih raya. Apalagi kitorang tiga beradik wajib turun ke dapur. macam-macam kuih dan biskut yang dibuat. Setiap jenis sampaai dua balang besar. Pendek kata biskut-biskut tak ada yang beli, kalau beli pun cuma kerepek-kerepek dan asam-asam je. Tart nenas, biskut badam, biskut makmur, biskut suji, almond london, kek lapis asam manis (fav aku tu), kek lapis betawi (fav adik aku) dan macaam-macam lagi lah. Aku pun dah tak ingat sangat. Dah bertahun-tahun umi & mak ngah aku tak buat hidangan-hidangan tu semua, since kitorang adik beradik belajar kat universiti, dah takde sapa-sapa yang boleh tolong umi dan Mak Ngah aku. Macam tahun-tahun sebelum ni semuanya kuih tunjuk. Tak best langsung.

Ayah aku pulak kalau time puasa dialah yang paling sibuk jugak ke dapur, dia paling suka buat air cincau, boleh dikatakan sepanjang puasa rumah aku sinonim sangat dengan air cincau ayah aku tu, wajib berbuka dengan air cincau. Algi satu, ayah aku ni pun rajin ke bazar ramadhan, ada je yaang dibaawa balik walaupun mak aku pesan jangan beli banyak-banyak. Antara menu yang biasa ayah aku beli kuih-muih, air (walaupun dah ada air kat rumah) lauk-lauk adala yang dia beli, selalunya ddia beli siput sedut masak ssambal. Perkhhh...kecur liur aku. habis basah keyboard aku ni. Ayah aku memang giler makan siput sedut, same like may sister Rin. Ayah aku kalau masak siput sambal memang sdap. Terangkat kalau makan.

Pada tahun ni aku nak merayap ke sume bazar ramadhan puas-puas dan aku dah berniat nak buit biskut dan kek raya. Kebetulan Adik aku yang bongsu berpuasa di kampung tahun ni, so aku ada parrtner untuk menjalankan misi ini. See ya!!..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.