Deroyan yop deroyan!!!!.
Ha!! kat Batu Pahat sekarang tengah musim durian, tak tahu la tempat lain musim durian ke tak. Sebut pasal durian teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Pokok durian keliling rumah je dah ada empat hingga lima pokok. Belakang rumah dan terus kebelakang kebun ada tiga hingga empat pokok. Puas makan durian. Pendek kata orang bandar nak makan durian kena beli. Tapi aku tak, keliling rumah ada, sebat je. Makan lah sampai lebam. Hahaha!!..
Tapi pokok-pokok tu semua dah tak ada. Pada penghujung tahun 2006 & awal tahun 2007 sebahagian besar Negeri Johor dilanda banjir besar selepas 30 tahun yang dahulu, termasuklah Batu Pahat. Lebih kurang tiga bulan kami dikepung air. Sejak dari banjir tu, pokok-pokok di keliling rumah aku mula layu, kering & akhirnya daun-daun semua luruh. Akhirnya pokok-pokok ditebang termasuklah pokok durian. Yang tinggal cuma pokok rambutan je, itu pun tinggal dua pokok je yang mampu bertahan untuk hidup. Yang lain habis terpaksa ditebang. Tapi yang bestnya, laman aku nampak luas sangat. Dari jauh dah nampak tersergam indah rumah aku.
Sekarang pokok durian dah tak ada. Nak makan durian kenalah beli. Tu pun ayah aku yang rajin beli. Aku nak kopek durian tu pun dah malas. Dah tak minat sangat. Dah puas makan masa kecik-kecik. Sekarang ni kalau mak aku atau ayah aku yang kopek baru aku makan, tu pun kadang-kadang aku wat dono je. Masa kecik-kecik dulu berlari kedapur bila mak aku panggil makan durian. Siap silang panggung adik beradik. Hahaha!!..
Sweet memories~..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.