Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Monday, July 11, 2011

Selamat Tinggal Parkson

Ahad / 5 Jun 2011 / 1:18pg


Pejam celik pejam celik. 11 bulan aku kerja kat Parkson. Aku rasa aku baru je minggu lepas melapor diri kat Parkson. Rupa-rupanya dah sebelas bulan aku berkhidmat kat sini. Banyak pengalaman yang aku dapat. Paling best aku sentiasa connected dengan manager, Mr Mason & Mr Seek. Kalau aku yang cari diorang, diorang yang cari aku.

Mungkin ada yang nak tahu apa tugas-tugas yang aku buat sbg Customer Service tupervisor tu. Dah nama pun Customer Service, so apa-apa yang melibatkan customer tu adalah bawah tanggungjawab aku. Aku kena bagi maklumat yang tepat kepada customer. Tak boleh salah. Antaranya maklumat tentang promosi-promosi yang sedang berjalan di Parkson sekarang, contohnya HSBC Shopperiffic Contest. Customer shopping RM100 dalm 1 resit boleh dapat borang penyertaan. Hanya jawab tiga soalan mudah. Terdapat tiga jenis hadiah. Hadiah mingguan, bulanan dan hadiah utama. Hadiah mingguan adalah minyak wangi CK, Hadiah Bulanan adalah IPad II dan hadiah utama adalah sebuah Samsung LCD TV 55". Besar woo.. Tapi aku attack Ipad 2 tu. Hahaha.. Boleh la pulak.
"Dear valued shoppers, we are please to inform bla bla bla..."

Selain dari tu aku jugak kena handle paging. Haa.. ni yang paling aku suka. Aku memang gian bab-bab paging ni. Macam-macam nak kena paging. Tapi yang wajib ialah paging pagi. 10 menet sebelum Parkson start business. Nak tau skripnya tak.

"Good morning fellow staff & promoters. In another ten minutes our store will open for business. All staff & promoters please spend the next few minutes to check & prepare your respective work area is ready for opening . While you are going through your work area, the store management wishes to remind staff & promoters our service duty to our customer & our pledge to make Parkson The Best Place To Shop. Whenever serving our customers put into practice our Parkson Service Standard The P-Experince. Do not forget to have eye contact & greet all our customers with a heart warming smile. As part of the store opening routine please stand infront of you counter for the first ten minutes of the store opening. Lets all make today another great day for our self & our customers. Parkson management wishes to thank you for your dedication & sacrifice to make Parkson The Best Place To Shop. Have a nice day & happy working"

Wah!!!.. melekat lagi kat kepala otak aku rupanya. Panjangkan skrip ni. Ada jgak skrip yang pendek, macam paging tentang Bonuslink Memberday, PDV Day, paging staf-staf, paging cleaner, paging alihkan kereta, ppaging anak hilang dan paging tentang promosi-promosi yang sedang berjalan.

Selain dari itu aku pun kena buat wraping service. Baik lelaki ke perempuan ke, sapa-sapa yang masuk cs wajib belajar wraping. Setakat ni lelaki yang pernah kerja kat cs semuanya pandai wraping. Tau tak wraping tu apa?.. tak tahu? Bungkus hadiah la. Bab bungkus hadiah ni tak la aku pandai sangat, ssetakt bungkus-bungkkus macm biasa tu aku tau lah. Tapi kat sini lain. Ada cara tersendiri, dan yang paling menarik staff-staf customer service adalah dilatih untuk membungkus hadiah. Menarik kna?.. Salah sorang adalah aku. Aku di hantar training untuk wraping service. Sebelum ni Araa. Kali ni aku. So selepas training kenalah ajar member-member sekandang teknik-teknik wraping terbaru yang dipelajari. Hehehe..

Banyak sebenarnya senarai tugas-tugas kt cs. Bonuslink card new application, Bonuslink Card point redemption, reinstate, Maybank card point redemption, Discount Voucher redemption, voucher purchases, return exchange, complaint & compliment. Belum lagi tugas-tugas yang secara tak langsung. Adeh!!..serabut jugak kadang-kadang tu.

So pada 5 Jun 2011 adalah hari terakhir aku berkhidmat di Parkson. Jujur aku ckp, berat hati aku. Banyak sangat ilmu yang aku pelajari kt situ. Terlalu banyak. Aku belum puas kerja kat situ. Tapi dek kerana aku dapat tawaran mengikuti kursus INSEP di UTHM maka aku resign. Aku harap satu hari nanti aku akan dapat berkhidmat sekali lagi di Parkson.

CS Team yang pertama aku kenal.


CS Team yang terakhir sebelum aku berhenti.

Dah sebulan aku tinggalkan Parkson. Tapi Parkson masih melekat dalam hati aku. Lebih-lebih lagi kat CS Team. Aku rindu giler kat diorg. Noreen,Wani Kamal, Araa, Akmal, Dinie, Rai & Zuryn. kenangan dengan diorang memang aku tak boleh lupa. Araa, Akmal terlbih dahulu berhenti. Selang satu bulan 5 Jun aku pulak berhenti. Kamudian Dinie pulak menyusul sebulan selepas aku berhenti. Sekarang ni tinggal Noreen, Zuryn, Rai n Rozaima. rozaima ni budak baru. dia masuk CS slps Dinie berhenti. Dengar cerita Rai pulak akan berhenti pada 3 Ogos. Biasalah tu. Kat mana-mana retail keluar masuk staff dah jadi perkara biasa. Yang penting kerja betul-betul & kumpul pengalaman. Itu yang selalu aku pesan kat AkmalDinie Rai sebab diorang ni budak=budak lagi. Aku anggap diorang macam adik aku sendiri.

Rindu Parkson.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.