Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Sunday, July 10, 2011

Photographer

Sejak akhir-akhir ni aku semakin berminat dengan bidang photographer. Kat INSEP UTHM ada dua orang kawan aku yang menceburkan diri dengan photographer. Firdaus & Haqim. Firdaus aku tak pasti sejauh mana dia melibatkan diri dengan bidang ni. Tapi Haqim sampai ke peringkat business. Dia mengambil tempahan gambar pengantin. Wow!!..sangat hebat. Semakin hari aku semakin berminat dengan bidang ni. Sampailah pada suatu hari aku teringat yang kakak member aku Syuk, Kak Ieda akan melangsungkan perkahwinannya pada hari Sabtu 9 Julai 2011. So aku mengambil kesempatan untuk mencungkil bakat aku sendiri. 

SONY DSLR NEX3
Berbekalkan Sony DSLR NEX3 comel yang aku pinjam dari Andrea (thanks Andrea). Aku pun melangkah menuju ke majlis perkahwinan Kak Ieda di rumah Syuk. Walaupun Kak Ieda dah ada ambil photographer sendiri, aku tetap tebalkan muka nak mencuba, rasa segan jugak walaupun aku dah kenal rapat dengan keluarga Kak Ieda & Syuk, almaklumla majlis orang. Aku ambil gambar ni pun sebab nak cari skill aku sendiri & nak buat koleksi gambar hasil air tangan aku memandangkan minat aku semakin mendalam.  

Seawal jam 7.30 pagi aku dah terpacak kat umah Syuk. Syuk tengah busy makeupkan Kak Ieda. Acara pagi tu adalah berzanji, so Syuk makeupkan kak Ieda. Mamat tu pun tengah berminat dengan sesuatu, Andaman. Bagus Syuk ni. Boleh buat side income. Syuk berminat dengan andaman yang aku pulak berminat dengan photographer. Boleh colaborate la kita nanti kan Syuk??... Syuk cuma makeupkan Kak Ieda untuk majlis berzanji je, untuk acara sanding Kak Ieda ambil mak andam dari luar.  

Lebih kurang pukul 8.45 pagi photographer yang dijanjikan datang. Abg Shahrol nama diberi. Abg Shahrol dari san memories studio bertempat di Pontian. Dia bukan berseorangan tapi berkawan, Abang Najib, cuma pada pagi tu abg Najib tak ada. Dia bekerja di Hospital Batu Pahat. Photographer ni sebagai sambilan je. Menjelang tengahari baru Abg Najib sampai. Abg Shahrol sangat peramah. Kami berbual-bual tentang bidang photographer. Dia sudah tiga tahun berkecimpung dengan bidang photographer ni dan dia sangat berminat untuk mengajar aku dengan lebih jauh. Alhamdulillah. Akhirnya ada juga orang yang sudi mengajar aku. Dia invite aku untuk datang ke studionya di Pontian. He's very kind person. Seperti Abg najib jugak, Abg Shahrul pun ada pekerjaan tetap. Dia bekerja di CIMB Bank di Pontian, tapi aku tak tanyalah sebagai apa dia di bank tu. Kami banyak juga menghabiskan masa bersama sepanjang hari tu. Yelah kata nak belajar, so dia pun ada colaborate dengan aku sikit-sikit, yang simple simple. Aku ni beginers je. Hehehe..

Satu hari suntuk aku kat luar, tak balik-balik. Dari pagi sampai petang kat uma Syuk. Petang dalam pukul 5 lebih tu outdoor photo shoot pulak. Ada dua tempat pilihan, perkarangan rumah aku dan UTHM. Masuk ni dah tiga kali pengantin buat outdoor photoshoot kat perkarangan halaman rumah aku. Huhuhu.. Lepas maghrib baru aku sampai rumah. Memang penat. Tu baru Junior Photographer, pakai DSLR kecik je, yang Senior Abg Shahrul & Abg Najib tu entah macamana gaknye penat diorang. DSLR berat pulak tu. Kelek DSLR memanjang. 3 4 kali ganda penat dari aku kot. Satu pengalaman yang sangat bermakna bagi aku.

Walaupun penat tapi usaha aku tak sia-sia, boleh tahan juga hasil gambar yang aku snap. Omputeh kata not bad. Tengok lah ya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.