Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Friday, July 22, 2011

PnP Bermula; Rebar For Ground Beam

Selasa 19 Jul 2011

Ok. Harini pun masih kerja-kerja membengkok besi tapi untuk ground beam pulak atau dalam Bahasa Melayu bermaksud rasuk tanah.



Prosenya lebih kurang sama macam stump dan pile cap. Ada dua jenis besi yang digunakan, iaitu besi R12 untuk besi utama dan Y6 untuk link. 


 Besi Y12 dipotong menggunakan mesen khas manakala besi R6 dipotong menggunakan alat pemotong rod shear. Alat ini menggunakan tenaga manusia untuk melakukan kerja. 




Kita cerita sikit pasal link la ekk.. Link ni berfungsi sebagai penghubung di antara empat batang besi utama. Ini bertujuan supaya besi utama atau dalam istilah pembinaan main bar berada dalam kedudukan yang tegak & kukuh sebelum di konkrit. Link ini akan dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan mengikut drawing. Selepas siap dipotong link tadi mestilah dibengkokkan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan membentuk segi empat sama.





Setelah siap, kerja-kerja penyambungan di antara besi utama dan link boleh dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.