Rabu 13 Jul 2011
Hari ke-2 kami di site. Hari Isnin haritu buat site visit. Ambil segala ukuran yang ada pada rumah asal (rumah ibu). Hari Selasa tak ke site sebab ada taklimat CIDB, tak lama lagi dapat la Green Card. Insuran tu beb, kalau tak ada Green Card tak boleh masuk site. So harini hari ke-2 di site. Tugasan harini adalah site clearance (pembersihan kawasan tapak pembinaan) & kerja-kerja taking off (pemancangan).
Seperti hari Isnin, kelas Pengurusan Projek Pembinaan join sekaki ke site. Tapi pada pagi ni budak-budak Pengurusan Projek (PP) tak join venture sebab diorang ada kelas. So budak-budak Binaan Bangunan (BB) je yang turun padang. Kami dibekalkan beberapa barang antaranya, tukul besi, paku, kayu (yang telah siap dipotong di bengkel), skop, safety helmet, topi mengkuang, cangkul, & measuring tape.
Setelah tiba di perkarangan tapak pembinaan, maka berkerja keraslah semua bala tentera BB memulakan kerja-kerja site clearance, aku pun turut memerah keringat jugak. Kerja senang je tu. Bersihkan je kawasan tapak tu.
Setelah siap kerja-kerja site clearance maka bermulalah kerja-kerja setting out. Haa!!.. bab ni memang aku surrender. Sumpah aku tak tahu buat. Tak ada pengalaman langsung buat setting out. Masa praktikel dulu projek sume dah naik. Paling-paling pun tengah tanam cerucuk. So setting out memang aku tak tahu langsung. So kerja aku cuma tengok sambil belajar & tolong yang mana aku rasa aku boleh buat. Selebihnya aku tengok je. Tapi bukan la dengan pandangan kosong, ambil input sekali. Yang paling penting aku dilantik oleh Puan Khazanah untuk mengambil segala gambar aktiviti. Macam tahu-tahu je aku suka amik gambar. Sayangnya aku tak ada DSLR. Handset je yang aku ada. Kamera henset aku pon dah ok, gambar clear. Sony Ericsson Vivas la katakan, auto facus taw, best sangat. Tak sia-sia aku beli. Ada juga faedahnya. Tak payah nak kelek digital camera. Lagipun aku baru je beli External Hard Disk, so lebih mudah aku nak simpan gambar-gambar tu. Storage pon besar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.