Hati dia yang menulis.

Hati dia yang menulis.

Wednesday, July 27, 2011

Durian...

 20 Jul 2011

Tetiba pulak budak-budak ni nak makan durian. Si Ety lah yang bagi idea waktu kami rehat tengahari lepas kelas. Budak-budak ni pulak memang kebetulan nak makan agaknya. Tu yang semua setuju nak makan durian lepas habis kelas petang tu. Ak tak kesah sangat sebab ayah dah banyak kali beli durian sepanjang musim durian ni. Hehehe. Dulu puas makan durian. Tak payah nak beli. Sekarang nak makan durian pun kena beli.

So kami decide nak beli & makan durian kat tempat aku, Sya & Ety beli durian beberapa malam lepas. Yang nak beli tu pun si Sha & Ety tu ha. Pada malam tu hantarkan kawan si Ety pi bustand Batu Pahat. Nak p KL kot kalau tak silap aku. baliknya si Ety nak beli durian.

So lepas kelas petang tu kami terus bergerak ke tempat yang nak dituju. Gerai durian batu 4.5, Jalan Keluang. Berhadapan dengan SMK Teknik BP. Seronok juga konvoi tiga biji kenderaan. Iswara aku, Avanza Amer & Kenari Aini. Macam biasalah kereta aku mestilah disumbat oleh Sha & Ety & Tinie. Avanza Amer bawak Roy, Shamir, Ajoi & Salleh. Kenari Aini bawak Zana. Aku lead konvoi.





Sampai je masing-masing meluru ke longgokkan durian tu. Amboi..mcm tak pernah makan durian. Masing-masing sibuk pilih. Entah berapa ringgit kena bayar agaknya.


.
Timbang punya timbang lastly kami decide nak beli RM60. Kami ada dua belas orang, so sorang bayar RM5. Ok lah tu. Murah. Sharing is caring.






Tengoklah tu diorang makan. Macam-macam gaya ada. puas hati woo. Isi tebal. Ada jugak yang isi biasa-biasa je. Ada satu biji tu tk masak. Nak tukar pon tak boleh sebab tu durian murah. Makan sampai lebam.





Waktu tengah makan ni, aku tengokkan wajah & gelagat kawan-kawan aku ni. Tiba-tiba aku rasa seronok & rasa sayang kat diorang ni.  Ketawa sama-sama, gurau sama-sama, ada pulak dua tiga orang yang kuat menyakat, terutama Shamer & Roy. Meriah. Rasa macam adik beradik pulak. Mungkin ini hikmahnya kenapa aku tak tukar kepada course OSH. Sha & Ety ada cerita kat aku beberapa hari lepas, budak-budak course lain presure sangat, dengan assignment lah, pensyarah bercanggah pendapat dengan pensyarah lainlah. Kesian diorang. Tapi budak-budak Binaan bangunan memang sempoi & terbaik. Happy Go Lucky!!..

Waktu nak balik ada pulak yang bertanya lepas ni plan nak ke mana pulak. Dengan pantas Aini kata "Kita makan kerang sambal kat Sungai Lurus Senggarang nak tak?. Sedap tau kerang sambal tu"
Wow!!..sounds like interesting. Kami decide nak pergi minggu depan, sebelum puasa.

Kerang Sambal. We are coming.

Friday, July 22, 2011

Shopping Again!!..

Lebih kurang sepuluh hari lagi umat Islam akan menenjalani ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Tak sabar rasanya. Parkson pulak baru start buat Ramadhan Fair dan Promosi Jimat-Jimat yang akan tamat pada hari ahad ni. Tapi Ramadhan fair masih lg berlangung, bermula 20 Jul 2011. Waahh.. Awalnya buat promosi raya. Biasa lah tu business stratergies.

So memandangkan Promosi Jimat-Jimat masih lagi berlangsung dan akan tamat pada Ahad ni (24 Jul 2011). Aku pun tak melepaskan peluang untuk membeli belah. Sebabnya, kalau beli barang sepanjang Promosi Jimat-Jimat pada setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad, point Bonuslink akan dapat 5kali ganda. WOW!!!.. bukan senang nak dapat point berganda macam ni. Selalunya dapat 5x point Bonuslink ni time Bonuslink Memberday je. Itu pun sebulan sekali, Jumaat terakhir setiap bulan. Tapi sempena promosi Jimat-Jimat ni tiap-tiap hujung minggu dapat 5x point sepanjang promosi ini berjalan.
*Kiraan point hari biasa adalah RM2 -1 point.

Niatnya nak beli bebrapa pasang baju untuk raya serta seluar dalam dan juga boxer. Tapi aku rasa baju tu sebelum puasa aku dah pakai kot.

Atas dari kiri. T-Shirt Pronic - RM 10. T-Shirt Schwarzenbach - RM 39.95 & T-Shirt Revsport - RM 19.90.
Bawah dari kiri:- Pierre Cardin Brief  3pcs - RM15 & Byford Boxer 2pcs - RM 21.90
Total RM 106.75
Normal Bonuslink Points : 53
Extra Points : 213
Total Points : 266

PnP Bermula; Rebar For Column

Khamis 21 Jul 2011

Harini pun masih lagi kerja-kerja membengkok besi. Pada harini kami buat column atau tiang.



Prosesnya juga lebih kurang sama sahaja dengan stump, pile cap & ground beam. Sama je. yang beza hanya pada ukuran sahaja.

PnP Bermula; Rebar For Ground Beam

Selasa 19 Jul 2011

Ok. Harini pun masih kerja-kerja membengkok besi tapi untuk ground beam pulak atau dalam Bahasa Melayu bermaksud rasuk tanah.



Prosenya lebih kurang sama macam stump dan pile cap. Ada dua jenis besi yang digunakan, iaitu besi R12 untuk besi utama dan Y6 untuk link. 


 Besi Y12 dipotong menggunakan mesen khas manakala besi R6 dipotong menggunakan alat pemotong rod shear. Alat ini menggunakan tenaga manusia untuk melakukan kerja. 




Kita cerita sikit pasal link la ekk.. Link ni berfungsi sebagai penghubung di antara empat batang besi utama. Ini bertujuan supaya besi utama atau dalam istilah pembinaan main bar berada dalam kedudukan yang tegak & kukuh sebelum di konkrit. Link ini akan dipotong mengikut saiz yang telah ditetapkan mengikut drawing. Selepas siap dipotong link tadi mestilah dibengkokkan mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan membentuk segi empat sama.





Setelah siap, kerja-kerja penyambungan di antara besi utama dan link boleh dilakukan.

Thursday, July 21, 2011

PnP Bermula; Rebar For Ground Beam

Selasa 9 Jul 2011

Ok. Harini pun masih kerja-kerja membengkok besi tapi untuk ground beam pulak atau dalam Bahasa Melayu bermaksud rasuk tanah.

p

PnP Bermula; Rebar For Pile Cap

Khamis 14 Julai 2011

PnP masih lagi diteruskan dengan aktiviti mengikat tetulang untuk pile cap. Atau lebih dikenali sebagai rebar for pile cap.



Ukuran harusah diambil sebelum besi dipotong.






Besi yang telah diukur dengan ukuran yang telah ditetapkan akan dipotong menggunakan mesen khas untuk memotong besi. Entah apa nama pun aku tak ingat.



Lepas dah potong kena ukur lagi.



Ukuran tadi bertujuan untuk membentuk huruf 'L' di ke kedua-dua hujung besi tersebut. Bar bending machine digunakan untuk melakukan kerja-kerja ini. Wow!!..bagus betul. Zaman aku belajar kat YPJ dulu bengkok besi pakai tulang empat kerat ni beb. Bermuscle aku.


Bila dah siap membengkok semua besi-besi tu, apa lagi susunlah. Pastu ikat dengan dawai. Jangan main susun je, kena tengok drawing. Berapa batang nak pakai, jarak berapa?.. Paham!!..




Haa..dah siap pon. Pandai boboy..

Wednesday, July 20, 2011

PnP Bermula; Rebar For Stump

Isnin 18 Jul 2011

Harini kerja-kerja membengkok besi jugak, Tapi untuk buat stump pulak. Aktiviti ini terbahagi kepada dua. Yang pertama memotong & membengkok besi Y12, kaedahnya sama seperti memotong dan membengkok besi untuk pile cap. Perbezaannya cuma pada link sahaja. Link ini adalah sejenis besi yang dibengkokkan membentuk segiempat berukuran tertentu, ia berfungsi untuk mengukuhkan kedudukan besi utama atau lebih dikenali main bar iaitu Y12, besi yang kami gunakan untuk link adalah besi jenis R8.



Terdapat dua kaedah yang kami gunakan untuk membengkok besi link itu, yang pertama kami gunakan mesen khas yang bernama Strrup Bending Machine.





Yang kedua kami gunakan kaedah manual. Kaedah ini pada aku sangat mudah sebab kalau terlajak bengkok boleh repair balik. Hehehe...



Lepas tu apa lagi. Sambung dan ikat lah.







Rebar for stump yang dah siap dah. Benda ni nanti kena letak kat atas tetulang pile cap sebelum di pasang acuan dan di tuangkan konkrit.

Thursday, July 14, 2011

Manisnya Durian Ini!!..

Deroyan yop deroyan!!!!.

Ha!! kat Batu Pahat sekarang tengah musim durian, tak tahu la tempat lain musim durian ke tak. Sebut pasal durian teringat zaman aku kecik-kecik dulu. Pokok durian keliling rumah je dah ada empat hingga lima pokok. Belakang rumah dan terus kebelakang kebun ada tiga hingga empat pokok. Puas makan durian. Pendek kata orang bandar nak makan durian kena beli. Tapi aku tak, keliling rumah ada, sebat je. Makan lah sampai lebam. Hahaha!!..

Tapi pokok-pokok tu semua dah tak ada. Pada penghujung tahun 2006 & awal tahun 2007 sebahagian besar Negeri Johor dilanda banjir besar selepas 30 tahun yang dahulu, termasuklah Batu Pahat. Lebih kurang tiga bulan kami dikepung air. Sejak dari banjir tu, pokok-pokok di keliling rumah aku mula layu, kering & akhirnya daun-daun semua luruh. Akhirnya pokok-pokok ditebang termasuklah pokok durian. Yang tinggal cuma pokok rambutan je, itu pun tinggal dua pokok je yang mampu bertahan untuk hidup. Yang lain habis terpaksa ditebang. Tapi yang bestnya, laman aku nampak luas sangat. Dari jauh dah nampak tersergam indah rumah aku.

Sekarang pokok durian dah tak ada. Nak makan durian kenalah beli. Tu pun ayah aku yang rajin beli. Aku nak kopek durian tu pun dah malas. Dah tak minat sangat. Dah puas makan masa kecik-kecik. Sekarang ni kalau mak aku atau ayah aku yang kopek baru aku makan, tu pun kadang-kadang aku wat dono je. Masa kecik-kecik dulu berlari kedapur bila mak aku panggil makan durian. Siap silang panggung adik beradik. Hahaha!!..

Sweet memories~..

PnP Bermula; Site Clearence & Setting Out

Rabu 13 Jul 2011

Hari ke-2 kami di site. Hari Isnin haritu buat site visit. Ambil segala ukuran yang ada pada rumah asal (rumah ibu). Hari Selasa tak ke site sebab ada taklimat CIDB, tak lama lagi dapat la Green Card. Insuran tu beb, kalau tak ada Green Card tak boleh masuk site. So harini hari ke-2 di site. Tugasan harini adalah site clearance (pembersihan kawasan tapak pembinaan) & kerja-kerja taking off (pemancangan).





Seperti hari Isnin, kelas Pengurusan Projek Pembinaan join sekaki ke site. Tapi pada pagi ni budak-budak Pengurusan Projek (PP) tak join venture sebab diorang ada kelas. So budak-budak Binaan Bangunan (BB) je yang turun padang. Kami dibekalkan beberapa barang antaranya, tukul besi, paku, kayu (yang telah siap dipotong di bengkel), skop, safety helmet, topi mengkuang, cangkul, & measuring tape.





 Setelah tiba di perkarangan tapak pembinaan, maka berkerja keraslah semua bala tentera BB memulakan kerja-kerja site clearance, aku pun turut memerah keringat jugak. Kerja senang je tu. Bersihkan  je kawasan tapak tu.






Setelah siap kerja-kerja site clearance maka bermulalah kerja-kerja setting out. Haa!!.. bab ni memang aku surrender. Sumpah aku tak tahu buat. Tak ada pengalaman langsung buat setting out. Masa praktikel dulu projek sume dah naik. Paling-paling pun tengah tanam cerucuk. So setting out memang aku tak tahu langsung. So kerja aku cuma tengok sambil belajar & tolong yang mana aku rasa aku boleh buat. Selebihnya aku tengok je. Tapi bukan la dengan pandangan kosong, ambil input sekali. Yang paling penting aku dilantik oleh Puan Khazanah untuk mengambil segala gambar aktiviti. Macam tahu-tahu je aku suka amik gambar. Sayangnya aku tak ada DSLR. Handset je yang aku ada. Kamera henset aku pon dah ok, gambar clear. Sony Ericsson Vivas la katakan, auto facus taw, best sangat. Tak sia-sia aku beli. Ada juga faedahnya. Tak payah nak kelek digital camera. Lagipun aku baru je beli External Hard Disk, so lebih mudah aku nak simpan gambar-gambar tu. Storage pon besar.